Saya Sanggup Bersunat Sekali Lagi – Rafizi
“Kepada yang ragu-ragu, saya akan lompat parti, saya berjanji akan bersunat sekali lagi kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini,” komen Rafizi Ramli dalam laman sosial Twitter beliau tatkala menafikan tindakannya meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bukan bermakna wujud masalah dengan kepimpinan PKR.
Rafizi menghantar surat meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam.
“Saya menghantar notis hari ini (semalam),” kata Rafizi melalui Twitter.
Beliau juga berkata,”letak jawatan proses biasa.”
“Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah.
“Saya tidak pernah tugas (berkhidmat) lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu,” kata pemimpin muda ini.
Ketika dihubungi malam tadi, Rafizi yang menyandang jawatan itu sejak dua tahun lalu berkata: “Saya sebenarnya telah memutuskan untuk melepaskan jawatan ini akhir tahun lalu.”
“Tetapi oleh kerana tarikh PRU13 tidak menentu, saya meneruskan khidmat saya.
“Sekarang kita sudah boleh agak bila PRU13. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai, jadi, saya beri notis satu bulan. Cuma ia diumumkan secara kebetulan ketika cetus isu berkaitan Faekah (Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor,” katanya.
“Cuma secara kebetulan masanya tidak kena, itu saja. Bagi saya ini tiada kaitan, letak jawatan perkara biasa,” kata beliau lagi.
Rafizi dijangka bertanding kerusi Parlimen pada PRU13.
BHO Blog – aduih.. ni lawak bahaya ni
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Politik










