Serang jiran buat bising


Dua beranak ganas. Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang ibu berusia 40-an dan anak lelakinya berusia lewat 20-an apabila nekad menyerang sebelum memukul tiga beranak yang juga jiran mereka dalam kejadian di Bandar Tun Razak, di sini, kelmarin.

Difahamkan, dua beranak terbabit menyerang tiga beranak itu disebabkan tidak berpuas hati kerana keluarga terbabit membuat bising, pada jam 5.30 petang.

Akibat serangan dua beranak itu, mangsa yang juga pesara kerajaan berusia 59 tahun patah tiga gigi hadapan manakala isteri berusia 58 tahun dan menantu perempuannya berusia awal 20-an cedera di badan dan kepala.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, pada mulanya, suspek lelaki datang ke rumah mangsa dalam keadaan marah.

“Isteri mangsa dan menantu perempuannya cuba menenangkan lelaki itu sebelum mengajaknya berbincang,” katanya.

 

BHO Blog – Memang ganas, mungkin penyerang itu yang terlalu panas baran atau mereka sememangnya suka buat bising.

 

sumber maklumat : http://hmetro.com.my/

 


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Hilang sabar dituduh pikat isteri jiran
  2. Jiran tumbuk lelaki tegur kereta halang rumah
  3. Pakatan bapa serang zuriat
  4. Akibat tegur anak jiran
  5. Separuh mati dipukul jiran
  6. Bahana marah kelas bising
  7. Lelaki pecah masuk rumah berjaya perdaya jiran
  8. Samseng serang suami isteri tunggu saudara
  9. Serang ibu, bapa tiri1
  10. Suami tetak isteri, jiran

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah