Siapa suruh pakai baju pink?

January 29, 2010 | By | 5 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KANGAR: Seorang pelatih Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen) terkedu seketika untuk mencari alasan sesuai selepas baju berwarna merah jambu yang dipakainya dipersoalkan Majistret ketika dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melarikan diri dari Puspen di sini, semalam.

Awang Taufik Awang Sahari, 27, dari Balik Pulau, Pulau Pinang, terdiam seketika sebaik persoalan itu ditimbulkan Majistret Noorhisham Mohd Jaafar, apatah lagi soalan berkenaan menyimpang dari pertuduhan dihadapinya.

“Siapa bagi kamu pakai baju ‘pink’?,” tegur Noorhisham sambil tersenyum ketika mencelah rayuan dibuat Awang Taufik sebaik tertuduh mengaku salah atas pertuduhan dibacakan.

Awang Taufik bagaimanapun terdiam seketika, sebelum memaklumkan baju-T berwarna merah jambu yang juga baju rasmi pelatih Puspen Bukit Cabang, dibekalkan pihak pengurusan pusat pemulihan terbabit.

“Saya rasa baju itu elok untuk kamu, kerana kamu banyak hisap (ambil) dadah sehingga hati kamu menjadi keras.

“Jadi, pihak pusat pemulihan sengaja bekalkan kamu baju pink sebagai kaedah psikologi untuk membantu melembutkan hati. Kalau kamu diberi baju merah, pasti kamu nampak garang dan jahat,” kata Majistret Noorhisham sebelum menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas tertuduh.

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Tempatan, Unik

About the Author ()

Comments (5)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Syedz says:

    kahkahkah, kesian…

  2. apidz says:

    bukan sape suruh pakai baju pink..tapi “sape suruh ko hisap dadah”…padan muka

  3. cymma says:

    apa nk jadi gan ank melayu kita x habis2 gan jerat najis dadah

  4. ikin says:

    kelakar r…ptutnya hepy dpt masuk puspen.mkn ckup,ajarn agama ckup…tobatlah ok.jgn ulg silap lama

Leave a Reply