
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiapkan laporan berhubung penggunaan telefon bimbit pintar BlackBerry di negara ini ekoran tindakan beberapa negara menggantung perkhidmatan telefon itu atas alasan keselamatan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, laporan itu kini dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dikemukakan dalam satu mesyuarat minggu ini.
“Laporan itu adalah tentang dakwaan kononnya perkhidmatan BlackBerry telah digantung di beberapa negara. Kita akan umumkan hasilnya selepas mesyuarat nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Malaysia Selamat (Msafe) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Pada 4 Ogos lalu, pengawal selia industri telekomunikasi Arab Saudi dilapor mengarahkan perkhidmatan BlackBerry di negara itu digantung mulai Jumaat lepas kerana pengeluarnya gagal memenuhi syarat-syarat yang dikenakan pihak berkuasa negara itu.
UAE pada Ahad lalu pula mengumumkan, pihaknya akan menggantung perkhidmatan utama BlackBerry iaitu pengiriman mesej, e-mel dan pelayaran Internet mulai 11 Oktober ini disebabkan isu keselamatan.
kredit : kosmo.com.my
Carian BHO
- www beritaharianonline com my
- skmm blackberry
- pusat kawalan
- keselamatan telefon blackberry
- kegunaan blackberry
- cidf skmm
- borong broadband skmm
- pekerja skmm dapat bonus
- skmm borong
- skmm harga borong
- skmm on blackberry
- berita harian rss feed for blackberry
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Saudi sekat BlackBerry
- Arab Saudi pula larang BlackBerry
- BlackBerry ancam keselamatan
- Indonesia nafi larang telefon BlackBerry
- Telefon bimbit murah mungkin bahaya: SKMM
- SKMM nafi salah guna kuasa kawal media baru
- Radiasi stesen pemancar tidak jejas kesihatan: SKMM
- Kaji sambung LRT ke Kajang, Sungai Buloh
- Laman web palsu Tuanku Mizan disiasat
- Rahsia Logo Bank Negara Malaysia
Pingback : Spies, secrets and smart-phones « Lim Kit Siang
Negara2 luar semua dah ambil tindakan menggantung penggunaan blackberry (celcom & digi tangkap nanggis ni kalau jadi kenyataan) tapi Malaysia baru nak kaji ? Baru nak sedia laporan ? Patut la Broadband kat malaysia ni slow giler sebab memang jenis lambat bertindak.