STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA


Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

sumber: http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TS8NFMF11AE4UI75 6

Siapakah yg harus dipersalahkan??


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. STATUS ANAK DILUAR NIKAH
  2. Hargai nyawa rakyat Malaysia.
  3. Remaja Perempuan Maut, Enam Jajahan Dilanda Ribut Luar Biasa
  4. Malaysia bukan kalis gempa – Pencemaran alam sekitar boleh mengundang kejadian gempa bumi di Malaysia
  5. Hubungan Malaysia-Indonesia dinamik: Da’i Bachtiar
  6. Malaysia timbang pakej perkahwinan di pulau
  7. Persatuan Angkasawan Malaysia gagal daftar
  8. Malaysia ideal, selamat untuk pekerja Indonesia
  9. JPT kumpul profil pelajar Malaysia di Padang
  10. Isu “berperang” tidak jejas hubungan Malaysia-Indonesia: TPM

 

18 Comments

 

  1. Pingback : statistik anak luar nikah di malaysia « kita milik Dia.

  2. Pingback : STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA «

  3. Pingback : CINTA KASIH DI HARI VALENTINE :PROMOSI YANG BERJAYA | Kalam Nurani

  4. Pingback : 83 anak luar nikah setiap hari di Malaysia « Dewan Pemuda PAS Sarawak

  5. Raha.Ms April 23, 2010  7:41 am Reply

    Anak yang dilahirkan dalam keadaan tidak berbapa merupakan gejala sosial yang amat serious ketika ini. Ini lebih menyedihkan yang terlibat pula ramainya orang Islam. Faktor yang wajib dititikberatkan ialah pengetahuan ugama yang semistinya ditanamkn dalam individu muslim dan menggelakkan diri dari perlakuan yang terlarang di dalam ugama Islam.
    Kitakan orang timur penuh dengan adat dan terkenal dengan tatasusila dan kesopansantunan di mana imej kita yang pernah kita agung-agungkan dulu? Tidakkah terfikir banyak rancangan ugama dimedia cetak dan elektronik sering memberi ingatan agar umat Islam menjauhkan dari perbuatan zina? Inilah akibat yang kita terima hingga jumlah anak diluar nikah makin hari makin bertambah dari sehari ke sehari.

  6. Kakakprihatin July 9, 2010  12:24 pm Reply

    Ilmu ajaran islam yang dibekalkan sejak kecil tidak menjamin seseorang itu akan terlepas dari godaan syaitan. lagi tinggi ilmunya lagi berat godaan itu, apa yang penting individu sendiri, NERAKA @ SYURGA? fikirkan ibubapa anda, maruah yang tercalar tidak dapat diganti walau dengan segala kemewahan dunia. Runtunnya hati ibu ayah saat diberitahu anaknya yang belum nikah akan bersalin. Gilakah anda untuk membuat kejutan seperti itu? Bukan sahaja ibubapa, kakak adik turut tempias. Makan x lalu tido x lena. Gila semua ni. Tapi hidup mesti diteruskan. tolong  jangan bunuh bayi itu. dia tidak bersalah. Kepada gadis2 renunglah wajah ibu bapa anda kenangkan malu aib jika anda buat sesuatu yang bisa menggelapkan dunia mereka yang sepatutnya dihiasi dengan keindahan sebelum ajal menjemput mereka pulang.

  7. Mybaby09 July 10, 2010  11:59 am Reply

    Sya rsa , mcm tdk adil bagi budak tersebut bahawa sijil kelahiran nya berlainan dgn anak yng sah..sebab bila dia membesar n'nti menjadi isu lagi kepada nya, kekadang ada orang yng merendahkan anak di luar nikah ni... Jadi mcm mna budak tersebut menghadipi nya dgn tenang... tak kan la kesilapan ibu/bapa yng tidak bertanggung jawab anak menjadi susah... sepatutnya taraf anak luar nikah itu biar lah allah yng menghukum nya... Bayi yng lahir di Malaysia sepatutnya tak bezakan dgn yng lain.... sbb dia masih warganegara Malaysia....:idea:

  8. taquya July 25, 2010  11:38 am Reply

    pabila hukum allah diabaikan, manusia skrg hnya mencari mcm mne nk mengubatnya, tp mereka lupa apa yg menjadi puncanya... renung2 kn... kerana hukum allah itu dah lengkap, jikalau tidak ikut garis panduan yang allah telah tetapkan dalam al-quran, beginilah jadinya... semoga kita berdoa utk kembali ke pngkl jalan..

  9. high eq score September 22, 2010  6:12 pm Reply

    I was asking yourself what is up with that weird gravatar??? I know 5am is early and also I'm not looking my most excellent at that hour, but I hope I don't look like that! I might however make that face if I'm asked to do 100 pushups. lol

  10. kasihkan_anak October 28, 2010  8:48 am Reply

    masyarakat kita akan marah jika ada kes pembuangan bayi dengan mengatakan 'knapa baby tak berdosa tu menerima nasib camni?' tapi mcmana pulak dgn nasib anak2 tu bila dah dibezakan dgn sijil kelahiran yg berlainan dr anak2 yg sah?? walaupun tak dicop "ANAK LUAR NIKAH" didalam sijil kelahiran tu tapi perbezaannya sgt ketara.
    usahlah dibezakan mereka pd sijil kelahiran kerana ini akan meninggal kesan kpd mereka setelah dewasa. Usah bezakan mereka pd kedudukan no sijil kelahiran mereka. mereka berhak menikmati hidup spt anak2 yg sah kerana mereka tak bersalah....

  11. Pingback : Masyarakat Tidak Boleh Letih Lakukan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar « Ikatan Muslimin Malaysia (Cawangan Hulu Langat)

  12. renungkan! January 8, 2011  8:36 am Reply

    pelik! sungguh pelik! orang eropah semakin hari semakin banyak yg memeluk islam tetapi kebanyakan org islam di malaysia seperti meninggalkan islam, dimanakah iman yg mereka ada. kita tidak dapat menjadi contoh yg terbaik untuk menarik minat penganut agama lain untuk memeluk islam....jauhkanlah diri kita dengan perkara spt itu....nauzubillahminzalik!, ya Allah hidupkan kami dengan iman, kumpulkan kami dengan iman dan masukkan kami ke dalam syurga bersama iman, dengan berkat rahmat-Mu, hai YAng Paling Pengasih di antara yg mengasihani......Amin!!!

  13. F.Y.S January 8, 2011  5:37 pm Reply

    renungkan: manusia akhir zaman, sukar utk dijangka..
    sesungguhnya Dia lebih mengetahui dari kita.....  8)

  14. Pingback : ISMA DHL » Masyarakat Tidak Boleh Letih Lakukan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

  15. Hamba Allah January 29, 2011  11:17 pm Reply

    Semua pemimpin negara menanggung dosa terutama pemimpin negara  yang beragama Islam dan berilmu pengatahuan agama. Mereka tidak akan terlepas daripada azab Neraka, walaupun bertaubat. Taubat Nasuha adalah taubat yang tidak berkongsi dengan perkara-perkara dosa seperti ini.

  16. shah September 17, 2011  4:22 am Reply

    slm...
    minum arak,bezina,bunuh org,memfitnah,buang anak,bezina ngan mak,bezina ngan ayah,rogol ayah,rogol emak,rogol adik,kakak....

    tahniah pade umat2 islam msia  kerane mnunjukkan contoh yg baik dan terpuji ini kt org bkn islam...
    jd tak hairanlh kl org melayu kite sndiri murtad..aku rase geng atheis n freethinker kt luar tu g bagos la...
    weh melayu asl korg ni asik igat seks je hah...ingat nak main je...sruh nikah xnak..nk barang free je...
    pade mak bapak..tlng la pantau anak2 korg sket..kl anak nk nikah..bkn main!!tnye kje ape?gaji bape?krjaan ke?ade rumah ke?
    tp kl anak2 korg kuar malam,mrayaw sne sni xpe plk...
    agkny ank2 korg ni pn anak2 luar nikah kut..

    hmmm...xmustahil 257000 org bebudak ni akan lari drpd islam...
    jganlh meruntuhkn ugama kite sndri...tlng la..
    adoiii geramny aii...

  17. Nurul September 27, 2011  12:55 am Reply

    Salam...
    Saya mintak maaf kalo ada yang tersinggung dengan komen saya...
    Juz nk bagi pendapat...
    Pada saya, ada 3 faktor yang boleh ikaikan dengan kenaikan statistik anak luar nikah...

    1. Parents a.k.a ibu bapa...
    Sekarang ni mak bapak mcm spoilkan anak... sebab ape, ape sikit saman,,, bagi kemewahan lebih2 tapi kasih sayang sikit... Anak2 plak start la memberontak tapi mak ayah x byk kisah sgt... Cuba tgk ranking tinggi ktne? Kat negeri yang agak byk peluang kerja... Yng mana kos hiup tinggi... Yang mana parents trpaksa kerja sampai tinggalkan anak wat sesuka hati... Yang mana terlalu banyak kelab, hotel bajet, dan tempat2 sosial... Tak ke banyak port budak2 ni nk wat maksiat?
    Lagi 1, parents skrg ni demand banyak...Fine la kalo anak awk blajar tinggi2... Tp xyah la bajet sgt smpi hantaran nk puluh2 ribu.... X salah nk byk2 tp biarla berpada... Ni x, wat byk2 last2 ank jdik andartu.. Kalo andartu xpe lg, tp kalo bf anak bwk lari anak, x ke putih mata.. xpon, anak p uduk serumah ngan bf... x pasal2 dpt cucu baru.. x sempt kenduri grand2....


    2. faktor media...
    Ingat lgik masa kecik2 dulu, iklan kt tv suma tapis... kdg2 drama pegang2 tgn blh jdik isu...
    Tapi skrg, pantang iklan sikit, ketiak pompuan... Iklan sikit, jual ubat bagi pejal, iklan lagi, jual kopi kuat... kalo drama, sesuka hati peluk bini o laki orang... pakaian plak x nk sendat lgi.... Kita ni negara Islam, tapi drama melayu xd plak nk ikot cara Islam... kadang2 pelik mcm mana iklan seksi meksi ni boleh lepas plak... huhu..

    3. Faktor pemakanan...
    Rasululah SAW bersabda kepada Saad bin Abi Waqas yang meminta Baginda bermohon kepada Allah supaya doanya diterima: "Hai Saad, baguskanlah makanan engkau. Nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan permintaannya dan demi diri Muhammad di tangannya sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan (menyuapkan) makanan ke perutnya tiada diterima Allah daripada amalnya 40 hari dan mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya dari benda yang haram maka api neraka lebih layak dengannya."
    Dulu2 kn, orang2 tua suma guna bahan mskn sendiri... giling rempah sendiri... Tanam pokok belakang rumah tapi sekarang semuanya segera... Kebanyakan mknn segera ni banyak bahan kimia yang kita sendiri xtaw dari mana... kadang2 kita sendiri was2 status halal... bahan2 kimia ni kumpul lama dalam badan dan mmg x elok... taraf kebersihan pon kte boleh pertikaikan... ingatlah,  makanan yang tidak baik akan menghasilkan keturunan yang tidak baik, manakala makanan  yang baik akan menghasilkan keturunan yang baik, generasi yang tidak keras kepala, muah menerima pelajaran, cerdik akal dan bersifat mulia... Ada parents yang mengadu anak nakal, tak dengar cakap, keras kepala, cuba lihat balik pemakanan.. mungkin terlalu banyak mkn KFC, keropok2 or air gas... sebab tu anak degil...

    Itu semua hanya pendapat saya je... Kalau ada yang tak terima, saya mintak maaf... Setiap orang ada pendapat masing2... Kita tak boleh nk puaskan hati semua pihak...

  18. Pingback : STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA 2011 | Blog Dinet.FM

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah