Status Kahwin Lari Mengikut Undang2 Islam Malaysia


Sah kahwin lari guna wali hakim

Oleh SITI SHAMSIAH MOHD. SUFI

ISTILAH ‘kahwin lari’ merujuk kepada pernikahan alternatif yang dijalani oleh pasangan dalam keadaan mereka melarikan diri daripada prosedur biasa Mahkamah Syariah.

Biasanya mereka lari ke negara jiran untuk bernikah secara mudah. Tindakan mengelak daripada melalui proses biasa, lazimnya kerana mereka mahu berpoligami tetapi tidak dapat melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh undang-undang dan (atau) tidak mahu perkahwinan tersebut diketahui oleh isteri pertama.

Ada juga yang bertindak untuk kahwin lari kerana pilihan mereka tidak direstui oleh orang tua.

Kahwin lari sebenarnya suatu kesalahan dan undang-undang memperuntukkan hukuman denda atau penjara terhadap kesalahan ini. Walaupun hukuman telah diperuntukkan terhadap kesalahan ini, akan tetapi fenomena ini seakan tidak nampak bila surutnya. Sekiranya status pernikahan tidak jelas dan tidak didaftarkan tentulah ia memberi implikasi yang sangat tidak baik.

Saya fikir, hati nurani mereka sebenarnya tidak dapat mengelak daripada tertanya-tanya tentang kedudukan pernikahan mereka yang sebenar. Walaupun dari sudut hukum kemungkinan pernikahan tersebut sah, tetapi dengan ketiadaan dokumen yang diakui oleh undang-undang negara, menjadikannya tidak diiktiraf oleh undang-undang.

Anak-anak yang lahir daripada perkahwinan yang tidak didaftarkan juga menerima tempias kesan yang tidak baik. Segala perkara rutin yang memerlukan dokumen yang sah tentunya tidak akan dapat dibuat disebabkan ketiadaan dokumen yang diperlukan.

Umpamanya perkara-perkara yang melibatkan kesihatan, persekolahan dan tabungan di bank. Sekiranya fenomena ini menjadi berleluasa, ia akan memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.

Disebabkan perkahwinan ini biasanya akibat daripada keengganan bapa untuk memberi restu kepada pasangan, maka tentulah si bapa enggan untuk menjadi wali kepada pernikahan tersebut. Maka perkahwinan tersebut menggunakan wali hakim.

Ada juga keadaan yang ibu bapa tidak tahu-menahu langsung tentang tindakan kahwin lari oleh anak-anak mereka. Di sini timbul persoalan sama ada pernikahan yang dilangsungkan dengan menggunakan wali hakim ini, memang disebabkan ketiadaan wali ataupun lari daripada wali.

Mereka yang berkahwin lari beranggapan walaupun ia merupakan kesalahan, tetapi ia bukan masalah yang berat. Ini kerana perkahwinan yang sah tetap boleh didaftarkan melihat kepada tempat pernikahan dijalankan itu berada lebih dua marhalah (lebih kurang 91 kilometer) dari tempat tinggal wali. Akan tetapi sebenarnya, perkara yang lebih penting daripada jarak jauh itu adalah penafian bapa sebagai wali itu sama ada munasabah atau tidak.

Wali hakim hanya boleh memainkan peranan dalam keadaan bapa masih wujud, sekiranya terdapat sebab-sebab yang dibenarkan, iaitu dalam keadaan yang memenuhi hukum Syarak. Sebaliknya, sekiranya keengganan wali itu disebabkan alasan yang munasabah, maka tidak wujud ruang bagi mana-mana wali hakim untuk mengambil peranan.

Dan yang lebih penting lagi untuk diketahui, keengganan wali atas alasan yang munasabah boleh membatalkan pernikahan tersebut.

Bagi menentukan sama ada keengganan bapa itu munasabah atau tidak, antaranya adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Haji Mohamed lawan Bahrunnasran dan Mazliani Mohamed.

Dalam kes yang diputuskan pada tahun 1997 ini, bapa selaku wali mujbir membuat permohonan pembatalan pernikahan antara Bahrunnasran dengan Mazliani, anaknya. Permohonan ini dibuat atas alasan pernikahan tersebut dibuat tanpa pengetahuan dan keizinannya sebagai bapa merangkap wali, pasangan anaknya tidak sekufu kerana Bahrunnasran seorang pesakit HIV dan merupakan penagih dadah.

Pernikahan antara kedua-duanya telah dibuat sebanyak dua kali, dengan yang pertama dilangsungkan di Pasir Puteh, Kelantan iaitu dalam negeri melalui wali hakim, dan yang kedua di Narathiwat, Thailand. Permasalahan dalam pernikahan yang pertama timbul kerana dinikahkan dengan wali hakim sedangkan wali sebenar masih ada.

Permasalahan dalam pernikahan yang kedua pula timbul bukan disebabkan rukun nikah kerana jarak jauh yang memang melangkaui dua marhalah dari tempat tinggal wali, tetapi disebabkan kedua-duanya dilihat sebagai tidak sekufu dari pihak calon suami yang berpenyakit HIV dan menagih dadah.

Dalam kes ini Mahkamah memutuskan bahawa tindakan wali hakim berkenaan bertentangan dengan kehendak hukum Syarak kerana telah menyatukan dua pihak yang tidak padan (sekufu) dan perkahwinan yang dijalankan sama ada di Kelantan mahupun di Narathiwat adalah tidak sah menurut hukum Syarak. Ini menunjukkan bahawa pernikahan yang dilaksanakan di luar lingkungan dua marhalah belum tentu sah walaupun menggunakan wali hakim, dalam keadaan wali asal masih ada dan wali asal mempunyai alasan yang munasabah untuk menghalang pernikahan daripada berlaku.

Bidang kuasaPeruntukan sudah pun wujud dalam Seksyen 13(b) Undang-undang Keluarga Islam yang memperuntukkan bahawa, “Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Akta ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada – (a) wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak; atau (b) Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak; persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi”.

Sebenarnya konsep dua marhalah bagi tujuan pernikahan sebegini hanya sesuai bagi keadaan perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara dan tidak memungkinkan bagi pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut untuk kembali ke tanah air dalam tempoh tertentu sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 31 Akta Undang-undang Keluarga Islam.

Dalam keadaan ini, sekiranya perkahwinan yang hendak dilangsungkan itu tidak mencapai rukun nikah seperti lazimnya iaitu tidak adanya wali, maka barulah wali hakim akan mengambil tempat wali asal untuk menyempurnakan rukun nikah tersebut.

Wajar untuk diketahui bahawa, pasangan yang hendak berkahwin tetapi kehendak mereka tidak direstui oleh orang tua, dalam keadaan mereka menganggap bahawa perhubungan tersebut tidak ada cacat celanya dari segi Syarak dan adat, undang-undang sebenarnya memberikan ruang yang selesa kepada mereka untuk meneruskan hasrat mulia tersebut.

Walaupun pada dasarnya doa restu orang tua itu sangat penting dan menjadi batu asas sesebuah perkahwinan yang hendak didirikan, akan tetapi garis panduan yang telah diberikan agama itu sebenarnya lebih mengatasi pertimbangan dan kata hati sesiapa. Melalui pandangan para ulama, soal kufu atau sifat padan pasangan itu sepatutnya menjadi neraca untuk memilih pasangan. Pandangan para ulama bersifat sangat bernas untuk dijadikan sebagai panduan.

Seandainya hubungan tidak direstui disebabkan hal-hal yang remeh-temeh dan ia dibangkitkan oleh ahli keluarga, kahwin lari bukanlah penyelesaian yang bijak kerana Mahkamah Syariah bersedia untuk mendengar permohonan bagi kes seumpama ini.

Sebagaimana yang disebutkan oleh Seksyen 13(b) sebelum ini, sekiranya wali enggan memberikan persetujuan tanpa alasan yang sempurna, Mahkamah akan membenarkan perkahwinan yang diniatkan itu untuk diteruskan dengan menggunakan wali hakim. Inilah jalan penyelesaian yang sebenar, iaitu membawa masalah ke muka pengadilan. Di sini tidak timbul soal menjadi anak derhaka atau membelakangi orang tua kerana undang-undang mengatasi semua orang dan setiap orang tertakluk kepada undang-undang. Tanpa mengira siapa pun seseorang itu, ia perlu mematuhi undang-undang dan menerima keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Penyelesaian perlu dibuat bagi mengatasi masalah yang tidak kunjung surut ini dan salah satu jalan penyelesaiannya ini adalah dengan menjalankan kajian imperikal mengenai hukum ‘kahwin lari’. Kajian ini kemudian seharusnya dipanjangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dengan melihat semula hukum yang telah dikeluarkan pada Fatwa Kebangsaan Kali ke-52, iaitu pada tahun 2002 yang lalu.


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Penganut Islam di Malaysia tak boleh tukar agama, kata bekas hakim
  2. STATUS ANAK DILUAR NIKAH
  3. Dilarang kahwin kerana kurang bijak
  4. 33 pasangan kahwin serentak
  5. AWAS !! Enta dan orang Islam di Malaysia, tunggulah azab dan bala dari Allah !
  6. Mas kahwin mahal tambah jumlah anak dara tua
  7. Kahwin Anak Sendiri
  8. Fatine Takut Pulang Ke Malaysia
  9. Malaysia timbang pakej perkahwinan di pulau
  10. KAEDAH HUKUMAN SEBAT MENGIKUT SYARAK

 

21 Comments

 

  1. liyana March 12, 2010  10:52 pm Reply

    sememangnya kahwin lari di pandang serong oleh masyarakat. tetapi bagi pendapat saya adalah lebih baik kahwin lari daripada melakukan penzinaan kerana penzinaan adalah dosa yang sangat besar. hanya kerana tak mendapat restu keluarga,penzinaan berlaku dan isu pembuangan bayi berleluasa. bukankah wajib bagi seseorang itu berkahwin jika dikhuatiri akan melakukan zina? isu sekufu atau tidak tidak seharusnya tidak dijadikan satu isu yang besar. cukuplah jika pasangan itu tidak memberi mudarat kepada kita contohnya pesakit HIV akan memberi mudarat kepada kita dan anak-anak. maka haruslah dielakkan. tetapi soal sekufu dari segi darjat, pangkat, rupa atau pandangan mata kasar tidak harus dijadikan alasan untuk tidak merestui sesebuah perkahwinan.

  2. johari May 31, 2010  10:08 am Reply

    Boleh ke Puan sertakan dalil 2 marhalah bagi membolehkan kawin tanpa wali..sahkah mengikut hukum islanm, sedangkan zaman sekarang tidak ada masalah menghubungi wali..cuma sengaja nak kahwin tanpa persetujuan wali ..zaman dulu mungkin kut..

  3. rose June 23, 2010  2:46 am Reply

    :( sy student lg..umo 19 taon..i plan nk kawen next year..family xde masalah ngn my future husband..in fact,my mak sayang gile kat bf i..cume dorang tak kasi kawen awal coz "study come first"..hurm..i study law,thus i know its wrong to kawen lari..tp lau itu je caranya utk elak drpd terus lakukan dosa?sah kan hukumnye?wallahualam..:(

  4. ADAM June 30, 2010  12:57 pm Reply

    saya nak minta pendapat umat islam dan ustaz yang ada membaca masalah saya ini.
    saya seorang kristian dan teman wanita saya seorang agama islam, saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan sudah 10 tahun jalinkan hubungan bersama teman wanita saya tetapi keluarga ibu bapa teman wanita saya tidak merestui hubungan kami hanya kerana saya bukan berama islam dan mereka tidak mempercayai saya.
    Apakah yang harus saya lakukan kerana sudah berbagai cara saya cuba untuk memujuk keluarganya untuk menerima saya?
    Saya bercadang hendak kahwin lari kerana megikut islam perlukan seorang wali tapi ayahnya tidak ingin menjadi wali.
    haruskah saya kahwin lari?

  5. admin June 30, 2010  6:12 pm Reply

    @Adam - Elakkan ikut rasa emosi sangat, believe me kahwin lari will only make it worse. Saya tak pasti jika Adam tahu atau tidak tapi teman wanita Adam tidak boleh kahwin kecuali dengan seorang Muslim sahaja. Cuba bawa berbincang elok2 dengan parents teman Adam. mereka pasti boleh menerangkan dengan lebih lanjut dan tepat.

    • ADAM July 1, 2010  10:36 am Reply

      admin:
      @Adam – Elakkan ikut rasa emosi sangat, believe me kahwin lari will only make it worse. Saya tak pasti jika Adam tahu atau tidak tapi teman wanita Adam tidak boleh kahwin kecuali dengan seorang Muslim sahaja. Cuba bawa berbincang elok2 dengan parents teman Adam. mereka pasti boleh menerangkan dengan lebih lanjut dan tepat.
        (Quote)

       

  6. ADAM July 1, 2010  10:48 am Reply

    saya memang bercadang untuk memeluk agama islam tetapi keluarganya enggan menerima saya dengan alasan bahawa dalam keluarga mereka tidak ada yang berkahwin campur.saya sudah berbincang secara baik dengan mereka tetapi mereka sakarang sudah mula menggunakan cara yang keras seperti berjumpa bomoh untuk memisahkan kami dan menghantar kaki pukul untuk berjumpa saya supaya saya tidak berjumpa dengan anak mereka lagi.saya sangat2 buntu dan perlukan pertolongan.
    Adakah keluarga umat2 islam sangat susah untuk menerima saudara baru seperti saya?

    • johnjimat July 1, 2010  1:52 pm Reply

      @Adam - sebenarnya kalau kalau mereka betul2 mengamalkan ajaran Islam pasti mereka boleh menerima anda. nampaknya mereka da jauh menyimpang sampai sanggup melakukan perkara syirik

    • admin July 1, 2010  2:21 pm Reply

       


      ADAM: saya memang bercadang untuk memeluk agama islam tetapi keluarganya enggan menerima saya dengan alasan bahawa dalam keluarga mereka tidak ada yang berkahwin campur.saya sudah berbincang secara baik dengan mereka tetapi mereka sakarang sudah mula menggunakan cara yang keras seperti berjumpa bomoh untuk memisahkan kami dan menghantar kaki pukul untuk berjumpa saya supaya saya tidak berjumpa dengan anak mereka lagi.saya sangat2 buntu dan perlukan pertolongan. Adakah keluarga umat2 islam sangat susah untuk menerima saudara baru seperti saya?

      Saudara harus memeluk agama Islam dan belajar ilmu Ikhlas dulu di PERKIM. Islam agama yang senang dan tak menyusahkan, segala sesuatu pasti berlaku ada hikmah dan musabab. Adam perlu peluk Islam dulu baru dipanggil saudara baru. Adam pernah dengar kisah Adam Eh, seorang saudara baru yang masuk Islam semasa umur 17 tahun dan kena buang dari keluarga dia yang beragama Kristian. Dia kena halau dan terpaksa menempuh hidup ini dengan susah liku tapi dia tak pernah merungut. Hari tu saya ada pernah duduk dengan dia sekali bertukar pendapat. Dia saip ada buat buku lagi. Kalau Adam nak hantar kpd saya nama n alamat guna page contact BHO nanti saya hantar copy buku itu.


       

  7. aishah September 21, 2010  4:34 pm Reply

    sy dan teman lelaki merancang untuk berkahwin secara rahsia di thailand kerana ingin mengelakkan maksiat. kami xpernah terlanjur tetapi takot sekiranya terjadi apa2 kelak. dy seorang yang berjaya dalam kerjayanya tetapi sy masih muda dan belum tamat pengajian maka keluarga tidak mengizinkan kami berkahwin. mnakala usia teman lelaki sy sudah mencecah 30-an. kami akan merancang tidak memiliki anak sehinggalah kami berkahwin semula di malaysia apabila diizinkan keluarga kelak.
    salahkah tindakan yang bakal kami ambil?

    • khalifah February 15, 2011  5:03 pm Reply

       

      aishah: sy dan teman lelaki merancang untuk berkahwin secara rahsia di thailand kerana ingin mengelakkan maksiat. kami xpernah terlanjur tetapi takot sekiranya terjadi apa2 kelak. dy seorang yang berjaya dalam kerjayanya tetapi sy masih muda dan belum tamat pengajian maka keluarga tidak mengizinkan kami berkahwin. mnakala usia teman lelaki sy sudah mencecah 30-an. kami akan merancang tidak memiliki anak sehinggalah kami berkahwin semula di malaysia apabila diizinkan keluarga kelak. salahkah tindakan yang bakal kami ambil?

      Salam saudari,

      TIndakan yang saudari ambil tidak salah nya.tetapi mendatangkan banyak keburukan dari kebaikan.Saudari ingatlah,keluarga kita lebih lama bersama jika berbanding dgn pilihan kita.Bagaimanakah perasaan mereka sekiranya mereka tahu yang saudari sudah berkahwin.Saudari dan pilihan saudari merancang untuk tidak mempunyai anak selepas berkahwin.adakah saudari percaya 100%,saudari tidak akan mempunyai anak dalam masa terdekat?.Anak itu adalah pemberian yang tidak ternilai dari Allah.Untuk pengetahuan saudari,saya mempunyai kawan yang merancang untuk tidak mempunyai anak selepas kahwin.Walaupun mereka telah membuat pelbagai perkara untuk mengelakkan pregnat,tidak sampai stgh tahun,isteri beliau telah diisytiharkan pregnant.Di sini,kita tidak boleh control pemberian anak dari Allah.
      Saudari mengatakan akan kahwin kelak di malaysia..Bilakah masa nya? 2,3,4,5 or 6 tahun lagi?.adakah dalam masa ini,saudari yakin tiada anak?.Adakah saudari dan saudara akan bersama?Sekiranya jadi untuk kahwin di thailand,saya yakin 100% semasa hendak berkahwin di malaysia akan dapt pelbagai masalah.dari keluarga,pusat agama,etc2.

      Apa sebenarnya niat di hati saudari untuk berkahwin? kerana Allah?takut terlanjur? sayang?.Dari apa yang saya baca dari comment saudari,saudari lebih kepada takut terlanjur,Sekiranya kerana Allah,saudari dan saudara sanggup menunggu dan masing2 beringat sesama sendiri pantang larang dalam bercinta.

      Kahwin adalah sesuatu yang indah dan sekali seumur hidup.

      Regards
      khalifah

      Maafkan saya sekiranya comment saya ini menyakitkan hati sesetengah pihak.

       
       

  8. deeya April 5, 2011  10:58 am Reply

    salam..saye nk tnye..saye ngn bf saye dh 5 tahun kapel.kami pnh clash for 1 month then kapel balik.n kami decide t0k kawen..problem yer family saye dh x sk ngn bf saye n mama saye stat menentang r/ship kami ni..mama x bagi sgt2 kami bersama.saye pnh terima laki lain disebabkn penuhi permintaan mama tm saye clash tu,tapi mmg x b0leh..ahkirye saye kembali pd bf lame saye..kami pernah terlanjur..and selepas kami kapel balik,kami risau dosa yang kami pernah buat berulang kembali.ape yg perlu kami buat?kami bercadang nak kawin tanpa pengetahuan family,hanye untuk mgelakkn dosa..n bila 1 hari nanti fmily saye dah terbuka hati untuk terima bf saye balik,kami akan kawen sekali lagi depan family semua..betul ke tindakan kami berdua?huhuhuhu~~

    • khalifah May 12, 2011  4:53 pm Reply

       

      deeya: salam..saye nk tnye..saye ngn bf saye dh 5 tahun kapel.kami pnh clash for 1 month then kapel balik.n kami decide t0k kawen..problem yer family saye dh x sk ngn bf saye n mama saye stat menentang r/ship kami ni..mama x bagi sgt2 kami bersama.saye pnh terima laki lain disebabkn penuhi permintaan mama tm saye clash tu,tapi mmg x b0leh..ahkirye saye kembali pd bf lame saye..kami pernah terlanjur..and selepas kami kapel balik,kami risau dosa yang kami pernah buat berulang kembali.ape yg perlu kami buat?kami bercadang nak kawin tanpa pengetahuan family,hanye untuk mgelakkn dosa..n bila 1 hari nanti fmily saye dah terbuka hati untuk terima bf saye balik,kami akan kawen sekali lagi depan family semua..betul ke tindakan kami berdua?huhuhuhu~~

      Slam saudari deeya,
       
      Niat saudari untuk berkahwin bagi mengelakkan maksiat adalah tidak salah.Tetapi, cara saudari untuk berkahwin tanpa pengetahuan family adalah sesuatu yang tidak bagus.Terus terang saya cakapkan.Keburukan akan lebih dari kebaikan.Luahan saudari hampir sama seperti luahan dari aishah.Sila baca comment saya.Saudari janganlah kahwin tanpa pengetahuan family.Ini adalah Peringatan.
       

  9. siti May 10, 2011  3:41 pm Reply

    saya mempunyai kekasih yang berumur 59 tahun dan berstatus duda....manakala saya pula berumur 26 tahun..kami merancang untuk bernikah tetapi tidak mendapat restu keluarga kerana jarak umur yang begitu jauh...tetapi saya begitu cintakannya dan sanggup lakukan apa-apa sahaja asalkan dapat bersama dengannya....patutkah saya kahwin lari dengannya..bantulah saya.

    • khalifah May 12, 2011  5:14 pm Reply

       

      siti: saya mempunyai kekasih yang berumur 59 tahun dan berstatus duda….manakala saya pula berumur 26 tahun..kami merancang untuk bernikah tetapi tidak mendapat restu keluarga kerana jarak umur yang begitu jauh…tetapi saya begitu cintakannya dan sanggup lakukan apa-apa sahaja asalkan dapat bersama dengannya….patutkah saya kahwin lari dengannya..bantulah saya.

      Cinta itu memang indah.Bercinta tidak mengira umur, bangsa, status,atau agama.Ini terbukti dari miss siti.perbezaaan umur sangat jauh.59-26= 33 tahun.Adakah saudari patut kahwin dgn dia ataupun tidak ?...Jawapannya adalah TIDAK.kenape?.Umur kekasih saudari boleh  di samakan dengan umur parent saudari.Sekiranya saudari kahwin dgn dia,ini akan memberikan tamparan hebat kepada family saudari.Memang tidak boleh diterima oleh parents sekiranya anak berkahwin dgn lelaki sebaya dgn nya. Adakah dia ada anak?Lelaki or perempuan ?.Adakah saudari pernah terfikir,apakah perasaan anak dia melihat mak tiri yg baru hampir sama umur dengan mereka?.Di dalam mereka mesti akan terlintas yg saudari kahwin dengan bapa mereka di sebabkan harta.REALiTY nya, bukan di sebabkan itu saudari kahwin, tetapi kerna cinta dan sayang.Bolehkah saudari terima status MAK TIRI?.
      Member anak : Siapa tu  ?
      anak : owh tu, mak tiri aku.
      Member anak : kau setuju k bapa kau kahwin dgn dia ?.
      anak : No comment...
       
      Ini lah reality yang akan terjadi.saya bukannya reka bende ni.Ni memang berlaku di sekitar kita.Cuma kita sedar ataupun tidak.
      Sekiranya berkahwin, and then dikurniakan cahaya mata.Anak baru je 5 tahun,bapa dah 63 tahun..mmm...
      Saudari,
      saya tahu yang saudari memang sgt syang kan dia melalui cara saudari luahakan di forum ini tetapi saudari kenelah berfikiran panjang.Carilah yg lain.ini untuk kebaikan saudari.
       
       

  10. aishah July 7, 2011  12:47 am Reply

    salam

    bagaimana klau isteri pertama tidak mengizinkan pasangan itu berkahwin., sya rasa jalan yang terbaik ialah kawin di luar negara. Ini untuk mengelak berlakunya zina. Sekiranya keadaan sudah kembali reda, barula nikah semula di dalam negara. Klau bawa sekali wali bersama ke luar negara, lagi bagus kan?

  11. dedengkot July 8, 2011  12:39 am Reply

    Oh Malaysiaku......................xnape urusan kahwin pun buat kalian bingung.........kahwin tuh intinya keikhlasan cinta yang mahu kahwin.......jadi bukan orang tue yg mahu kahwin.........nah...sebelum kalian kahwin lari............tempuh dulu restu secara baik baik sama Orang tue..........minta dikahwinkan sama orang tue......bilang ..Abah saye senang dengan abg....tolong abah ikhlaskan saye kahwin ngan abg....bile tak diijinkan...boleh kahwin lari....dikahwinkan sam Wali hakim..............memang kurang elok tapi apa boleh buat....udah bilang baik-baik sama orang tue tapi tak dak restu..???

  12. kiyaireformis September 12, 2011  2:10 am Reply

    kahwin lari derhaka sehari, percintaan terhalang dan zina adalah kedurhakaan setiap hari.. emak bapak yang banyak cekadak, boleh blah!

  13. aisya umaira October 14, 2011  12:34 am Reply

    Salam,
    Sy umo dh 30 thn, bf sy asal dari India, bkeje n mnetap disane. Dr syarak ktrg mmg xde pape mslah r, sbb kami same2 dlahirkan sbgai Muslim. Mslhanye skg, makayah die dh desak die su[aye kwin sbb die pun dh msuk 34thn, tp sy smpai skgni masih g mntak tangguh, sbbnye ialah smpai skrg fmily sy xtau sy bkwan dgn die, n sy lgsung xde kkuatan nk g tau fmily sy, dlm erti kate len xtau nk g tau cmne. Dlm pale otak sy duk PK, kmpem mule2 dorg akn gelakkan sy mcm sy tgh wat lawak or dorg akn Pk sy ni dh giler. Bf sy plak dh plan pas kwin sy kene ikut die tggal kt sane,sbb keje die n kene jage parents die y dh tua. Skrgni sy xnk jd ank derhake, tp sy xnk ilang die jgk. So mntak pndapt lau ade kgkwn kt sini yg ade ppngalaman bkhwin dgn org luar tu..cmne ek care pling efektif korg nk yakinkan kat makayah korang tu.
    Tq

  14. afham November 11, 2011  1:50 pm Reply

    saya nak berkahwin dgn pilihan saya,tapi masih belajar lagi,saya nak berkahwin utk mngelakkan diri dari berzina,bapa pasangan sudah meninggal dunia,ibu pasang tidak merestui apa yang saya rancang,perkahwinan adalah jln utk menghindar zina,perlukan pertolongan anda utk saya dpt berkahwin dengan pasangan saya,,

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah