"Steve Jobs" banyak diguna media 2011


http://3.bp.blogspot.com/-gE3p_9PZhpA/To1aNzJlb9I/AAAAAAAABfw/ukQ_Tl69n5E/s1600/In+the+Memory+Of+Steve+Jobs.jpg

LOS ANGELES 10 Nov. – Satu tinjauan akhbar Amerika Syarikat (AS) mendapati nama mendiang pengasas Apple, Steve Jobs paling banyak digunakan dalam media sepanjang tahun ini.

Tinjauan oleh akhbar Global Language Monitor (GLM), syarikat berpangkalan di Texas yang memantau dan mengesan trend bahasa mendapati, sepanjang tahun ini juga, Arab Spring (Revolusi Arab) dan Royal Wedding (Perkahwinan Diraja) merupakan ungkapan yang paling banyak disebut.

Occupy (Pendudukan), sama ada di Iraq atau Wall Street, dan deficit (defisit) pula merupakan dua perkataan yang paling banyak digunakan bagi menggambarkan ketidakstabilan dunia.

Presiden GML, Paul JJ Payack berkata, tinjauan kali ini melibatkan sebahagian besarnya berkaitan isu ketidaktentuan politik dan ekonomi berpanjangan yang bakal menjejaskan banyak negara-negara maju.

Katanya, penggunaan nama Jobs, yang meninggal dunia Oktober lalu pada usia 56 tahun ekoran penyakit barah pankreas, menunjukkan 30 peratus lebih tinggi berbanding nama pemimpin tertinggi al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati dibunuh komando AS pada Mei lalu.

”Perkataan dan ungkapan yang digunakan dikumpul menggunakan kaedah algoritma komputer (kiraan matematik) untuk mengesan 75,000 media cetak dan elektronik di seluruh dunia, termasuk Internet dan laman web sosial.

Arab Spring merupakan ungkapan yang sering digunakan media untuk menggambarkan kebangkitan rakyat di negara-negara Arab yang bermula awal tahun ini.

”Sementara itu, Royal Wedding pula menunjukkan tumpuan media seluruh dunia terhadap perkahwinan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton pada April lalu,” katanya. – REUTERS

credit:www.utusan.com.my

————————————————————————————————————————

nama hanya tinggal nama, nama hebat, disebut-sebut



Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Perjalanan dunia IT Steve Jobs
  2. Komputer Apple-1 yang dijual Steve Jobs dilelong
  3. Steve Jobs cuti sakit
  4. Steve Jobs mungkin hidup enam minggu lagi
  5. Media Indonesia Menzahirkan Watak Agen Yahudi
  6. Kumpul kereta yang diguna dalam filem
  7. Pameran UUM hargai media
  8. Tiket bas masih banyak
  9. ‘Adik mengucap banyak-banyak’
  10. Platun media Askar Wataniah dilancar

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah