Sukma 2012: 24 acara sukan dipertandingkan

March 29, 2011 | By | 1 Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


SEBANYAK 24 acara sukan bakal dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang yang berlangsung selama 10 hari bermula 31 Mei tahun depan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk Mohamad Sahfri Abd. Aziz berkata, daripada jumlah itu, pihak penganjur menetapkan sebanyak 19 acara sukan wajib disertai oleh setiap pasukan manakala lima sukan lain adalah pilihan sama ada mahu menyertainya atau tidak.

“Lima jenis sukan itu ialah tinju, bola tampar, petanque, ekuestrian dan golf.

“Mana-mana pasukan boleh menyertainya kerana ia adalah sukan pilihan untuk menambah pingat,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar mengenai persiapan Sukma Pahang di Wisma Sri Pahang di sini semalam.

Jelas Mohamad Sahfri, pada temasya Sukma 2012, sebanyak 15 pasukan termasuk Brunei akan menghantar kontinjen masing-masing untuk bertanding.

Dalam perkara berkaitan, beliau berkata, tiga daerah yang terpilih untuk di- jadikan gelanggang perlawanan iaitu Kuantan, Pekan dan Temerloh.

Ujarnya, beberapa venue pertandingan serta penginapan pegawai dan atlet telah dikenal pasti dengan melibatkan beberapa kompleks sukan dan institut penga- jian tinggi di negeri itu.

“Stadium Darul Makmur akan ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dapat dilakukan sebelum temasya itu bermula,” katanya.

Mengenai larian obor Sukma pula, beliau menjelaskan, aktiviti itu akan dimula- kan Mei depan dengan siri penjelajahan ke semua daerah supaya rakyat merasai kehangatan temasya tersebut yang akan berlangsung pada tahun depan.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Sukan, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Abd.Sukor Bin Husin says:

    Dimanakah untuk permohonan PENDAFTARAN Tenaga Kerja Sukarelawan SUKMA2012 pada tahun ini?
    Sukarelawan Perubatan SUKMA 2010, Bagi Acara Gimnestik di Politinik Merlimau tahun lalu. Dengan ini memohon mendaftar bagi tahun 2012. Harap maklum.

    Yang benar,

    (Abd.Sukor Bin Husin) deaf.
    Merlimau Melaka.
    019-6260073sms.

Leave a Reply