Sultan Sulu Minta Sewa Di Wilayah Sabah

February 22, 2013 | By | 6 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Pencerobohan kira-kira 150 individu menggelar diri mereka Tentera Diraja Sulu didakwa lengkap bersenjata di daerah Lahad Datu minggu lalu menyebabkan isu tuntutan wilayah timur Sabah mendapat perhatian seluruh dunia.

5fer43

Sultan Sulu yang menuntut sewa kerana Sabah adalah sebahagian dari kerajaan sulu 500 tahun yang lalu.

Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, telah menjadikan isu ini semakin rumit apabila beliau mengarahkan kumpulan itu terus berada di Sabah kerana menganggap wilayah itu milik mereka 500 tahun lalu dan pernah berada di bawah Kesultanan Sulu.

Sultan Jamalul berkata, apabila ditanya media di Manila, Filipina, mereka tidak akan keluar dari Sabah kerana Kerajaan Malaysia membayar sewa wilayah itu, tanda ia milik Kesultanan Sulu, sambil bertegas: “Tiada patah balik untuk kami dalam isu ini.”

Yang menjadi persoalan kepada drama pencerobohan ini ialah, selain daripada tuntutan wilayah apakah motif sebenar Tentera Diraja Sulu memasuki Sabah? Adakah mereka semata-mata mahu dikepung pasukan keselamatan negara hanya mendarat dan berkampung di kawasan Felda Sahabat 17 dan Kampung Tandao?

Sudah pasti kumpulan ini mempunyai motif lebih jauh, namun atas faktor keselamatan pihak keselamatan kedua-dua negara tidak mendedahkannya.

Lebih menarik, menurut laporan media Reuters ada menyebut yang bertarikh 14 Februari lalu, pegawai tertinggi tentera Filipina mendedahkan bagi membincangkan isu tanah kumpulan ini datang ke Sabah atas jemputan pihak tertentu di Malaysia.

Selain itu, laporan media kedua-dua negara juga dilihat bercanggah apabila media Filipina melaporkan kumpulan ini datang dalam jumlah yang ramai dan tidak bersenjata kerana mereka telah dijanjikan tanah. Tidak cukup dengan itu, motif pendaratan mereka terus menjadi misteri apabila ketua kumpulan tersebut, Raja Muda Sulu, Raja Agbimuddin Kiram, berkeras mahu berjumpa dengan seorang ‘personaliti’.

Pihak keselamatan mahu menyelesaikan isu ini dengan baik, menurut sumber dalaman yang berada di lokasi, namun jika kumpulan itu terus berdegil, bagi memaksa mereka keluar dari ‘kubu’ mereka, beberapa tindakan akan dilakukan.

“Kami akan mengepung kawasan itu dan menghalang sebarang bantuan makanan tiba, melalui tindakan itu kami harap dapat memaksa mereka keluar dan kembali ke selatan Filipina,” katanya.

Puluhan pegawai kesihatan seluruh Sabah mula digerakkan ke Lahad Datu menurut pendedahan sumber dan secara agresif hospital di negeri itu mula mengumpul darah. Kemungkinan, pergerakan luar biasa ini ada kaitan dengan operasi yang bakal dijalankan di zon konflik.

Isu pencerobohan ini dilihat serius kerana melibatkan kedaulatan negara, walaupun kumpulan ini berada kira-kira 130 kilometer di kawasan terpencil, dari Lahad Datu.

Jadi, apakah tindakan terbaik boleh dilakukan Kerajaan Malaysia dan Filipina? Adakah menunggu kumpulan ini kehabisan makanan dan pulang sebagai cara terbaik? Jika ya, maka rombongan Sultan Sulu boleh datang semula ‘bersiar-siar’ bila-bila masa di Sabah,.

Maka, isu tuntutan Sabah ini harus dijadikan iktibar oleh kedua-dua negara dalam menyelesaikan untuk selama-lamanya. Kerajaan perlu pastikan kedaulatan Sabah kekal dan penduduknya benar-benar berasa sudah merdeka.

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Comments (6)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. teropong says:

    Macam kisah dulu2 pulak..ada lagi penjajahan..tapi kan kita dah 56 tahun merdeka..x faham la masih ada juga wilayah kita yang masih dijajah kononnya…pastu kena bayar sewa…mcm byr ufti masa zaman Siam menguasai bahagian utara Semenanjung suatu ketika dahulu..

  2. urang sabah says:

    Pencerobohan bukannya baru terjadi,berbelas-belas tahun sudah perkara ini berlaku… perkara di lahad datu yg kita nampak…tetapi pencerobohan pendatang asing dr negara jiran bagaimana…rakyat sabah tidak pernah merasakan selesa bahkan berjaga-jaga bila keluar rumah… lebih separuh penduduk sabah adalah pendatang asing negara jiran..harap dapat di kurangkan jumlahnya demi keselamatan di sabah…

  3. MSP_337 says:

    Salam,

    Perkara ini tidak patut berlaku kerana kita sudah lama merdeka.Keamanan tanah air adalah menjadi hak seluruh rakyat di Malaysia.Masalah seperti ini sedikit sebanyak menggangu aktiviti kehidupan penduduk berdekatan sekaligus menampakkan kelemahan serta mencalar imej Malaysia di mata dunia.Nilai pelaburan merundum dan kepercayaan dunia serta rakyat akan berkurangan.Walau apapun berlaku…rakyat perlu tahu apa cerita disebalik ini semua……..Wasalam

  4. abingapik says:

    “Sultan Sulu”…apakah ada tanda-tanda sejarah???? …sultah yang memiliki pendadbiran pemerintahan …yang ada negari-negeri dibawah taklukya???? ….sperti bayaran bunga emas kepada Sultan Sulu???? ..tiap-tiap tahun????
    …Apakah lambang kekuasaan Sultan Sulu :- ..1)Bendara…
    ..2)Logo negara…
    ..3)Dan hubungan dengan Raja-Raja melayu????…
    ..4)Dan sejarah yang membuatkan lenyapnya tidak ada hubungan dengan Raja-Raja Melayu…
    ..5)I/C milik Sultan Sulu..Malaysia & Filipina.

    • aLONG says:

      cuba-cuba selak buku sejarah bro .. kot2 ko ada jumpe pasal Kesultanan Sulu ni … jgn sampai ada kata ko bute sejarah

  5. ZAINEY says:

    ASSALAMUALAIKUM
    NABI MUHAMMAD SEBAGAI NABI YANG UTAMA DAN SEBAGAI PEMERINTAH TIDAK PERNAH MEWARISKAN MANA MANA NEGARA KEPADA ANAKNYA MAHUPUN SAUDARA.BUMI INI MILIK MAKHLUK ALLAH BUKAN MILIK PERIBADI.

Leave a Reply