Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah

June 2, 2012 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan warga emas berusia 100 tahun, Low Chok Poh (dua dari kanan) memotong kek pada majlis makan malam "Jasamu Dikenang" sempena Hari Ibubapa anjuran Biro Beliawanis Wanita MCA di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Pandamaran B, Pandamaran di Klang, malam semalam. Turut hadir Ketua Wanita MCA Kebangsaan, Datuk Yu Chok Tow (kiri). - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Perdana Menteri berkata, kerajaan komited untuk menangani isu itu yang menurutnya mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.

“Adalah diharapkan warga negeri Sabah akan mengambil manfaat daripada penubuhan RCI ini dan bersama-sama kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Najib berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak.

“Jabatan Peguam Negara diamanahkan untuk mengemukakan cadangan Terma Rujukan (TOR) dan draf asas sudah disediakan.

“Bagi memastikan perjalanan RCI kelak mengambil kira pandangan semua pihak, saya sudah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berhubung draf awal TOR sebelum dimuktamadkan,” katanya.
Perdana Menteri berkata, penubuhan RCI adalah manifestasi iltizam kerajaan dalam menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Dilaporkan, jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah dianggarkan mencecah 500,000 orang.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung penubuhan RCI.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata suruhanjaya berkenaan menzahirkan komitmen tinggi kerajaan dalam mendengar suara rakyat.

Beliau berkata, pada peringkat kementerian, penubuhan RCI dilihat sebagai nilai tambah usaha dilaksanakannya menangani isu berkaitan pendatang asing tanpa izin melalui Makmal Pengurusan Warga Asing Nasional serta Makmal Khas Warga Asing Sabah. – BERNAMA

Credit – bharian.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Category: Berita

About the Author ()

Leave a Reply