Syarat jual 70 peratus barang murah

July 25, 2010 | By | 1 Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



peniaga yang mahu mengadakan jualan murah perlu menawarkan sekurang-kurangnya 70 peratus barangan dalam premis pada harga diskaun sebelum Ramadan ini. – Gambar hiasan


MELAKA – Setiap premis yang mengadakan jualan murah tidak lama lagi diwajib memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus barangan mereka dijual pada harga diskaun.

Syarat itu terkandung dalam cadangan pindaan Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 yang turut mewajibkan pengusaha mengemukakan senarai barangan jualan mengikut harga asal dan harga baru selepas diskaun.

Sebelum ini, peraturan itu hanya menetapkan pengusaha mengemukakan senarai barangan tanpa meletakkan perbandingan harga.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pindaan itu bertujuan membela pengguna daripada terpedaya dengan taktik jualan murah.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Fauzi ahmad says:

    Persoalannya sejauh mana penguatkuasaan undang undang tersebut. Kalau 1000 undang-undang atau apa jua akta, kalau tak kuat penguatkuasaan, memang tak guna.

Leave a Reply