Tabiat Buruk Blogger Yang Patut Dibuang Serta-Merta

Cuba anda beritahu saya, siapa yang tidak pernah ada tabiat buruk? Mungkin anda pernah ada tabiat buruk suatu ketika dulu. Atau mungkin anda terus mengamalkannya sehingga ke hari ini. Lebih elok anda buang serta-merta tabiat buruk itu sebelum ia memakan diri anda.
Kali ini, saya ingin bercakap tentang tabiat buruk yang masih sukar dibuang dalam kalangan blogger. Kalau dibiarkan, nescaya akan merebak, bertukar menjadi penyakit, dan akhirnya anda yang rugi!
#1: Memilih Niche Blog Yang Anda Tidak Suka
Mungkin bagi anda, blog seperti Mashable atau Engadget memiliki potensi besar untuk berjaya. Namun, jika anda tidak mempunyai minat yang mendalam bagi niche tersebut, sudah tentu sukar untuk anda mencari info terkini untuk diberikan kepada pembaca. Seeloknya, pilih niche yang anda suka agar memudahkan anda untuk menulis post terbaru.
#2: Semak Statistik Blog Secara Kerap
Menyemak statistik blog boleh menyebabkan ketagihan. Dan ketagihan ini yang akan membazirkan masa kita terutamanya blogger separuh masa. Lupakan statistik blog anda sekejap, dan lakukan perkara lain yang boleh tingkatkan trafik blog anda.
#3: Menjadi Penagih Rangkaian Sosial
Ya, media sosial mampu menjadi penjana trafik yang besar bagi blog anda. Tetapi, untuk aktif di rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, atau Google+ hanya melambatkan masa anda dalam menyiapkan sesuatu blog post. Tutup kesemua tab rangkaian sosial di pelayar web anda dan fokus!
#4: Lupa Untuk Semak Semula Post Sebelum Menyiarkannya
Tidak ada yang lebih teruk berbanding menyiarkan post yang dipenuhi kesalahan ejaan dan penggunaan istilah yang tidak sesuai. Jadi, sebelum menyiarkan post, baca sekali lagi post anda. Semak sekiranya terdapat kesalahan ejaan dan perbetulkannya serta-merta. Cari istilah yang sesuai untuk dimasukkan dalam post tersebut.
#5: Mengamalkan Plagiarism
“Blogger Copy-Paste” tidak akan berjaya dalam blogging. Jadi, elakkan copy-paste post yang anda baca. Jika perlu, manipulasikan isi-isi penting post tersebut dan hasilkan post yang baru mengikut gaya penulisan anda sendiri. Atau anda juga boleh manipulasikan komen sebagai modal untuk menulis post terbaru.
#6: Blogging Tanpa Matlamat
Blogging tanpa matlamat hanya memacu blog anda ke arah kegagalan. Tetapkan matlamat; apa yang blog anda mampu hasilkan dalam masa enam bulan dari sekarang, berapa trafik harian yang mampu anda capai dalam masa enam bulan pertama blogging, dan lain-lain.
#7: Penuhkan Blog Dengan Iklan
Anda suka membaca blog yang dipenuhi iklan? Sudah tentu tidak. Begitu juga pembaca blog anda. Jadi, letakkan iklan hanya pada tempat-tempat tertentu seperti di sidebar, header, atau footer. Jika iklan anda adalah produk affiliate, sediakan post berkaitan produk tersebut dan mula menulis sesuatu yang mampu menukar pembaca anda kepada pembeli (belajar ilmu penulisan surat jualan).
#8: Blog Tanpa Domain Sendiri
Ketika awal pembabitan saya dalam arena blogging, saya juga hanya menggunakan platform percuma (Blogger dan WordPress) untuk berblog. Apa yang pasti, tiada kebebasan mutlak menggunakan platform percuma. Cuba beralih-arah, beli domain sendiri. Lagi bagus jika anda mampu menggunakan blog pengehosan sendiri.
#9: Post Secara Tidak Konsisten
Jika anda mampu menghasilkan post setiap hari di awal pembabitan anda dalam blogging, kenapa sekarang tidak? Enjin carian sukakan blog yang dikemaskini sentiasa malah pembaca juga menyukainya. Untuk selamat, sediakan jadual waktu untuk mengemaskini blog; satu entri setiap hari atau 2-3 entri setiap minggu.
#10: Terlalu Mudah Putus Asa
Blogging bukan perkara yang mudah. Anda tidak mampu menghasilkan duit melalui blog jika baru sehari blogging. Kesabaran itu amat penting untuk mencapai kejayaan dalam dunia blogging.
#11: Biarkan Sesuatu Idea Berlalu Pergi
Idea bukan datang selalu. Ianya datang dan berlalu pergi. Ambil langkah berjaga-jaga agar anda tidak mengalami simptom burnout atau ketandusan idea. Jika anda mempunyai idea, catatkan untuk kegunaan kemudian hari.
#12: Mengabaikan Komen
Jika pembaca meninggalkan komen di blog anda, maka sudah menjadi tugas anda untuk membalas komen-komen tersebut. Dengan itu, hubungan yang baik mampu dibina antara anda dan pembaca blog. Tidak perlu untuk membalas kesemuanya sekali, cukuplah hanya membalas komen yang meminta pendapat anda. Bagi yang memberi pendapat, ucaplah terima kasih.
#13: Tidak Memberi Kredit Apabila Perlu
Mungkin anda mengambil sedikit petikan dari mana-mana post yang anda baca atau anda menggunakan gambar tertentu yang diambil dari Flickr, maka, sediakan kredit berbentuk pautan semula kepada pemilik asal.
Bagaimanakah Anda Membuang Tabiat Buruk Yang Anda Amalkan Dalam Blogging?
Ayuh kongsikan bersama kami, tip bagaimana anda membuang tabiat buruk yang selama ini anda amalkan dalam blogging. Semoga tip anda mampu membantu kami di sini.
Saudara Afiq (FokusBlogger.com)
Pertandingan BHO Artikel 8
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: BHO Blog











itu dia hasil penulisan yang menarik dari saudara Afiq.. teruskan lagi beri tips2 tentang blogging bro..