Tag: Chelsea
Lampard Bersedia Untuk Menandatangani Perjanjian Baru Dengan Chelsea
AMSTERDAM: Frank Lampard menjelaskan dia di ambang menandatangani kontrak baru dengan Chelsea selepas mengetuai kelab London itu untuk kemenangan 2-1 ke atas Benfica dalam perlawanan akhir Liga Europa pada Rabu. Pemain tengah berusia 34 tahun, yang memecahkan rekod jaringan sepanjang masa Chelsea apabila dua gol menentang Aston Villa pada Sabtu lalu membawanya melepasi rekod Bobby [...]
Gol Kemenangan Ivanovic Bawa Kemenangan Untuk Chelsea
AMSTERDAM: Tandukan pada masa kecederaan daripada Branislav Ivanovic membantu Chelsea menjadi kelab Inggeris pertama memenangi ketiga-tiga trofi utama UEFA ketika mereka menewaskan Benfica 2-1 dalam perlawanan akhir Liga Europa pada Rabu. Pemain pertahanan Serbia itu menghadirkan kegembiraaan buat peminat kelab London itu dengan melompat tinggi untuk menyambut hantaran sepakan sudut Juan Mata dan melepaskan tandukan [...]
Malaysia Tumpaskan Chelsea FC
Kelab bola sepak Chelsea di England gagal untuk membina stadium baharu di Stesen Tenaga Battersea di tepi Sungai Thames di sini, lapor akhbar Daily Mail semalam. Kegagalan itu disebabkan oleh kelab tersebut yang dimiliki bilionair terkenal dari Rusia, Roman Abramovich (gambar kecil) kalah dalam bidaan untuk memiliki stesen tersebut. Beliau kalah kepada dua buah syarikat [...]
Permohonan maaf FAM diterima oleh Chelsea
Menurut Berita Harian, Chelsea telah menerima permohonan maaf yang dibuat oleh FAM berhubung satu insiden ejekan. Chelsea menerima permohonan maaf daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu anti Yahudi terhadap pemain tengah Israel, Yossi Benayoun ketika perlawanan pra-musim di Kuala Lumpur dua minggu lalu. Kelab bola sepak Inggeris itu membuat aduan rasmi selepas [...]
Chelsea turun tanpa tonggak utama
MCEACHRAN (kiri) bakal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Chelsea pada aksi menentang Zilina awal pagi esok. LONDON – Chelsea mahu melupakan segera kekecewaan yang menyelubungi mereka apabila melayan kunjungan kelab Slovakia, MSK Zilina dalam aksi peringkat kumpulan F saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge awal pagi esok. Selepas mengalami kekalahan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga [...]
Chelsea makin malang
BOWYER muncul wira apabila meledak gol kemenangan Birmingham pada pertemuan menentang Chelsea di Stadium St. Andrews semalam. LONDON – Nasib malang terus menghantui Chelsea apabila mengalami kekalahan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Perdana England musim ini. Selepas kecundang kepada Liverpool dan Sunderland, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu tewas mengejut 0-1 di tangan Birmingham City semalam. [...]
Chelsea berdepan krisis
ALEX (kanan) bakal menjalani pembedahan lutut dan dia dijangka akan berehat selama enam hingga lapan minggu. LONDON – Chelsea bakal berdepan krisis di posisi pertahanan selepas Alex disahkan mengalami kecederaan lutut kelmarin. Selain Alex yang juga pemain pertahanan Brazil itu, skuad The Blues turut kehilangan beberapa pemain utama di bahagian pertahanan termasuk John Terry yang [...]
Chelsea mula impi pentas final
ANELKA (kiri) meraikan jaringannya bersama Drogba pada pertemuan menentang Spartak Moscow di Stamford Bridge awal pagi semalam. Chelsea menang 4-1. LONDON – Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti yakin skuad bimbingannya memiliki prospek yang besar untuk mencipta sejarah dalam saingan Liga Juara-Juara. Pada aksi Kumpulan F di Stamford Bridge awal pagi semalam, skuad The Blues menempah slot [...]








Komen Pembaca