Tag: murid
Murid Pertama Sek Keb Pulau Aman Peroleh 5A Dalam UPSR
PULAU AMAN (Pulau Pinang), 20 Nov — Seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Pulau Aman, di sini mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pelajar pertama sekolah itu yang berjaya memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan Khamis lepas. Ketua Kampung Pulau Aman Yaacob Talib berkata Mohd Nabil Naim Ghazali, 12, merupakan pelajar [...]
Lengan murid lebam dicubit ustazah Kelantan
Gara-gara membelek kamus bergambar dalam kelas mata pelajaran agama, seorang murid tahun dua sebuah sekolah dekat sini dikatakan dicubit sehingga lebam pada lengan kanan oleh seorang ustazah kelmarin. Mangsa, Sarifah Amirah Muhammad Khairuddin, 8, memberitahu, kejadian berlaku ketika kelas Agama Islam kira-kira pukul 10.15 pagi. Menurutnya, ustazah berkenaan telah memberi dua latihan kepada murid-murid untuk [...]
3,000 murid tidak mampu belajar
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa terdapat lebih 3,000 murid sekolah rendah di seluruh negara tidak berupaya mendalami pelajaran yang diajar meskipun status kesihatan mereka disahkan normal oleh doktor. Hal tersebut menyebabkan guru dan pihak pentadbiran sekolah berada dalam keadaan tertekan kerana kegagalan pelajar terbabit dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjejaskan Petunjuk Prestasi [...]
Murid prasekolah lemas
Hajat seorang murid prasekolah untuk menghadiahkan ikan pekasam kepada dua gurunya tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas di Sungai Langgar di Kampung Limbong di sini Isnin lalu. Mayat mangsa, Muhammad Saiful Sudin, 6, ditemui penduduk kampung pada pukul 9.05 malam iaitu selepas dua jam dia diketahui terjatuh ke dalam sungai sedalam lima meter itu. Ibu [...]
Hayun kayu depan guru
SAKIT…B Ilamaran (kiri) menunjukkan kecederaan adiknya, Alagendran. JASIN: Sekumpulan empat pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di daerah ini bertindak ala samseng dan biadab apabila menyerang dua rakan sekelas mereka walaupun ketika itu seorang guru mengajar. Dalam kejadian jam 10.45 pagi kelmarin, keempat-empat pelajar terbabit yang berusia 17 tahun menyerang mangsa dengan kayu. Bagi mengelak [...]
Bahana marah kelas bising
KUALA LUMPUR: Seorang guru agama didakwa bertindak keterlaluan apabila menendang berkali-kali seorang muridnya yang baru berusia tujuh tahun selain mencubit anggota badan mangsa dalam kejadian di sebuah sekolah di Sungai Penchala, dekat sini, kelmarin. Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika ustaz berusia lewat 20-an itu sedang mengajar di sebuah kelas. Difahamkan, lelaki itu tiba-tiba [...]
Murid terjun bangunan
MUAR: Bagaikan aksi dalam filem, seorang kanak-kanak hiperaktif berusia 10 tahun melakukan lagak ngeri apabila terjun dari tingkat satu bangunan sekolahnya di Jalan Abdullah di sini, pagi semalam. Bagaimanapun, murid tahun empat itu bernasib baik apabila dia jatuh di atas bumbung dan hanya mengalami calar pada anggota badan. Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, murid [...]
Pengetua biar murid kepanasan
JEDDAH: Pengetua sebuah sekolah mencetuskan kemarahan ibu bapa semalam apabila bertindak mengurung pelajar dalam kelas tanpa penghawa dingin ketika suhu mencecah 50 darjah selsius. Pengetua berkenaan juga mengarahkan pelajar perempuan membawa air minuman sendiri. Tindakan itu dilakukan sebagai hukuman berikutan pergaduhan antara pelajar yang berebut air di kawasan permainan selepas tamat peperiksaan. Akhbar Al-Madina melaporkan, [...]











Komen Pembaca