Tag: peniaga

Peniaga Fail Injunksi Halang PKNS Naikkan Kadar Sewa

Peniaga Fail Injunksi Halang PKNS Naikkan Kadar Sewa

SHAH ALAM: Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Selasa memfailkan injunksi bagi menghalang perbadanan itu menaikkan kadar sewa premis perniagaan di kompleks itu yang akan berkuatkuasa 1 Januari depan. Yang Dipertua persatuan berkenaan, Amran Yahya selaku plaintif memfailkan tuntutan bagi pihak penyewa Kompleks PKNS di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui [...]

December 7, 2011 | By More
Pegawai palsu PUNB lesapkan duit peniaga

Pegawai palsu PUNB lesapkan duit peniaga

Seramai 25 peniaga Pasar Siti Khadijah di sini mendakwa ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dengan menawarkan pembiayaan pinjaman perniagaan baru-baru ini. Pengerusi Koperasi Pasar Siti Khadijah, Mohamad Ibrahim (gambar) berkata, dua bulan lalu, seorang lelaki datang ke pasar berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa dan menawarkan pinjaman pembiayaan kepada [...]

October 27, 2011 | By | Reply More
Peniaga usah kaut untung campur daging kambing dengan lembu

Peniaga usah kaut untung campur daging kambing dengan lembu

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang memberi amaran kepada peniaga di negeri ini agar tidak mencampurkan daging kambing dengan daging lembu atau daging kambing import untuk memperdaya pengguna. Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Guna Selan berkata, pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai berhubung tindakan peniaga yang cuba mengaut keuntungan berlebihan dengan [...]

October 19, 2011 | By | Reply More
Peniaga, penduduk gembira

Peniaga, penduduk gembira

Peniaga dan penduduk di sekitar daerah Seremban melahirkan rasa gembira dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluluskan peruntukan mencecah RM10.5 juta bagi menaik taraf dan membina kemudahan awam termasuk menyelenggara beberapa rumah pangsa. Bendahari Persatuan Peniaga-Peniaga Bandar Baru Ampangan, Aslina Ali, 49, berkata, peruntukan itu membuktikan kerajaan prihatin membantu rakyat dari [...]

October 17, 2011 | By | Reply More
Peniaga terkejut caj baiki kereta RM4,100

Peniaga terkejut caj baiki kereta RM4,100

Gara-gara menghantar kereta bagi membaiki kerosakan tangki radiator, seorang peniaga mendakwa mengalami kerugian apabila caj yang dikenakan 10 kali ganda berbanding harga biasa oleh sebuah bengkel kenderaan di Sungkai, Perak baru-baru ini. Pemilik kereta tersebut, Zaini Mohd. Zain, 38, berkata, bengkel itu mengenakan caj sebanyak RM4,100 berbanding harga bagi kerja-kerja membaiki radiator biasanya pada sekitar [...]

October 13, 2011 | By | Reply More
Lambakan peniaga asing satu masalah besar

Lambakan peniaga asing satu masalah besar

Lambakan pekerja dan peniaga asing di ibu negara bukan satu fenomena atau perkara baru, sebaliknya ia isu berpanjangan yang tidak selesai sehingga kini, malah semakin menjadi-jadi. Perkara itu menjadi faktor yang menutup ‘periuk nasi’ sebilangan masyarakat tempatan yang mencari rezeki bersandarkan perniagaan. Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir, berkata [...]

October 10, 2011 | By | Reply More
Harga tinggi: Peniaga ayam diberi notis

Harga tinggi: Peniaga ayam diberi notis

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada peniaga ayam di Pahang yang bertindak menaikkan harga ayam sehingga mencegah RM10 sekilogram. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata notis itu dikeluarkan setelah kementerian tersebut menerima banyak aduan daripada pengguna yang tidak berpuas hati berikutan kenaikkan harga ayam tersebut, dan [...]

October 9, 2011 | By | Reply More
Beri peluang kepada peniaga

Beri peluang kepada peniaga

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mahu Kementerian Pelancongan memanjangkan tempoh operasi sekumpulan 43 peniaga di Lot 152, Jalan Ampang. Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, tempoh sekurang-kurangnya dua minggu wajar diberi memandangkan ramai peniaga belum mendapat pulangan modal. “Kami akan menulis surat kepada kementerian supaya memberi tempoh lagi. Bagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan [...]

October 2, 2011 | By | Reply More