Tag: Suami

Isteri Maut, Suami Melecur Teruk Disambar Api

Isteri Maut, Suami Melecur Teruk Disambar Api

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah maut manakala suaminya seorang pengawal keselamatan kritikal apabila kedua-duanya melecur teruk selepas disambar api dari dapur rumah mereka yang terbakar di tingkat 15 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Ranjang, Setapak Jaya di sini semalam. Kejadian pukul 1.30 petang itu menyebabkan Tuty Suriyaty Abd. Manan, 34, maut selepas melecur hampir [...]

December 6, 2011 | By More
Cam Topi Keledar Suami

Cam Topi Keledar Suami

Takziah… SENAWANG – Seorang wanita yang sedang asyik merakam gambar kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 1 dekat sini, kelmarin, terkejut apabila mendapati penunggang motosikal yang maut adalah suaminya sendiri. Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, wanita terbabit hanya menyedari perkara itu selepas terpandang topi keledar milik suaminya, Abdul Razak Abdul Rahman, 41, di lokasi kejadian. [...]

November 20, 2011 | By | Reply More
Suami belasah isteri tak masak

Suami belasah isteri tak masak

Hanya kerana tidak disediakan sebarang makanan pada sambutan Hari Deepavali Rabu lalu, seorang suami naik berang lalu membelasah isterinya dengan sebatang kayu selain disepak dan dipijak sehingga wanita itu pengsan di rumah mereka di Taman Netas Maju dekat Mentakab. Akibat kekejaman si suami, mangsa yang merupakan seorang suri rumah terpaksa menerima tiga jahitan di kepala [...]

October 29, 2011 | By | Reply More
Jururawat dibakar suami meninggal dunia

Jururawat dibakar suami meninggal dunia

Jururawat wanita yang dipercayai dibakar suaminya di Kampung Baru di sini pada 17 Okt lepas meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini awal hari ini. Jurucakap hospital mengesahkan kematian jururawat berusia 28 tahun itu kira-kira pukul 4.00 pagi selepas seminggu menerima rawatan. Adik lelaki mangsa yang enggan menyatakan namanya memberitahu pemberita di perkarangan [...]

October 25, 2011 | By | Reply More
Sayang isteri selamatkan suami lumpuh

Sayang isteri selamatkan suami lumpuh

Demi menyelamatkan suaminya yang menghidap strok daripada rentung, seorang isteri terpaksa mengheret lelaki itu kira-kira 30 meter keluar dari rumah mereka dalam satu kejadian kebakaran melibatkan enam rumah di pekan ini malam kelmarin. Dalam kejadian pukul 8.50 malam itu, Rubiah Loman, 49, tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan suaminya, Mohd. Rosdi Rashid, 49, setelah asap [...]

October 15, 2011 | By | Reply More
Suami didera wanita Vietnam

Suami didera wanita Vietnam

Impian seorang warga emas untuk merasai nikmat perkahwinan dengan seorang gadis Vietnam berkecai apabila dia bukan sahaja kerugian RM18,000 malah kini hidup dalam keadaan tertekan kerana dikhuatiri dijangkiti virus HIV selepas telinga kirinya digigit wanita itu. Bekas jurujual yang kini memandu teksi, Chin Weng Seng, 61, mendakwa, dia tidak pernah terbayang akan didera begitu teruk oleh wanita [...]

October 11, 2011 | By | Reply More
4 hari kurung kekasih suami

4 hari kurung kekasih suami

Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang, di sini, sejak Jumaat lalu. Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya. Mangsa yang tinggal di Rawang diculik [...]

August 24, 2011 | By | Reply More
Suami dibelasah isteri curang

Suami dibelasah isteri curang

Seorang suami menerima nasib malang apabila isteri yang dikahwininya bukan saja berlaku curang malah sanggup bertindak membelasahnya menggunakan kayu kaki meja di kediaman mereka di Taman Kajang Ria, di sini, tengah hari semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suami malang terbabit cuba bertanyakan perbuatan terkutuk isterinya yang dikesan membawa pulang seorang lelaki [...]

August 6, 2011 | By | 1 Reply More