Tag: Warga

Warga Nigeria patah kaki jatuh dari siling

Warga Nigeria patah kaki jatuh dari siling

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh patah kaki…. SUSPEK warga Nigeria dibawa turun dari rumah kedai dua tingkat yang didiaminya oleh anggota penguat kuasa Imigresen Johor selepas dipercayai patah kaki kiri ketika usaha melarikan diri di Johor Bahru, semalam. JOHOR BAHRU 18 Dis. – Cubaan seorang lelaki warga Nigeria untuk meloloskan diri dalam operasi Jabatan Imigresen [...]

December 19, 2011 | By More
Lagi Sindiket Penipuan Warga Afrika, Janda Ditipu RM 4.5 juta

Lagi Sindiket Penipuan Warga Afrika, Janda Ditipu RM 4.5 juta

KUALA LUMPUR . – Seorang janda berusia 56 tahun hanya mampu menangis apabila menyedari dia menjadi mangsa kasanova ‘Awang Hitam’ yang memperdayakannya melalui cinta siber menyebabkan dia kehilangan wang simpanan berjumlah RM4.5 juta dalam sekelip mata. Seorang lelaki dipercayai warga Afrika mengambil kesempatan memikat mangsa yang merupakan seorang akauntan melalui laman sosial Facebook dengan menyamar [...]

December 13, 2011 | By More
Warga emas kritikal dibelasah dengan kepala hos pam minyak

Warga emas kritikal dibelasah dengan kepala hos pam minyak

Tidak berperikemanusiaan… KUALA LUMPUR: Hanya kerana RM20, seorang warga emas kini kritikal dan tidak sedarkan diri selepas dibelasah dengan kepala hos pam minyak dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Taman Maluri, Cheras, dekat sini, Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Law Chin Hang, 70, yang berkerja sebagai penjual surat khabar [...]

December 8, 2011 | By More
Warga Tanah Merah kontang air

Warga Tanah Merah kontang air

Lebih 10,000 penduduk di sekitar jajahan ini hidup sengsara apabila terputus bekalan air sejak Jumaat lalu. Antara kawasan terlibat ialah Taman Perumahan TNB, Taman Seri Remah, Taman Barakah dan mukim Bukit Panau yang melibatkan hampir 14 buah kampung. Seorang penduduk, Azizullah Mohd. Zain, 47, berkata, masalah terputus bekalan air ini bukan kali pertama berlaku kerana [...]

October 26, 2011 | By | Reply More
Warga emas parah ditoreh penyamun

Warga emas parah ditoreh penyamun

Seorang warga emas cedera di bahu dan dada kirinya akibat ditoreh dengan parang oleh lelaki yang cuba menyamun di rumahnya di Kampung Gong Nangka dekat Jerteh di sini malam kelmarin. Abdul Ghani Jusoh, 69, yang tinggal dengan isterinya yang lumpuh berumur 68 tahun itu mengalami pendarahan teruk dan dihantar ke Hospital Daerah Besut sebelum dirujuk [...]

October 24, 2011 | By | Reply More
Diskaun 50 peratus warga emas guna LRT, monorel mulai 1 Januari depan

Diskaun 50 peratus warga emas guna LRT, monorel mulai 1 Januari depan

Bermula 1 Januari tahun depan, warga emas di Lembah Klang akan menikmati diskaun 50 peratus apabila menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel. Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Bhd, Azhar Ghazali, berkata pelaksanaan itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012, yang bertujuan menggalakkan warga emas menggunakan [...]

October 21, 2011 | By | Reply More
Warga Kanada maut nahas

Warga Kanada maut nahas

Dua lelaki warga asing termasuk seorang rakyat Kanada menemui ajal apabila kereta yang dinaiki bersama seorang teman terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Bunos berhampiran Jalan Ampang di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi itu, seorang pelajar kolej swasta, Sau Cheng Fun, 20, dari Jinjang Utara di sini terselamat dengan kecederaan di tengkuk. [...]

October 18, 2011 | By | Reply More
Warga emas tembak perompak

Warga emas tembak perompak

Seorang ahli perniagaan berumur 91 tahun semalam membuktikan usia bukan penghalang apabila dapat menggagalkan cubaan memecah masuk banglonya selepas berjaya menembak seorang perompak dalam kejadian di Jalan Raja Di Hilir di sini semalam. Kejadian pukul 1.30 pagi itu berlaku apabila warga emas tersebut melepaskan tembakan menggunakan pump gun sebaik menyedari kehadiran suspek di dalam banglonya. [...]

October 3, 2011 | By | Reply More