Taikun India paling kaya di Britain

April 26, 2010 | By | 1 Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~




LONDON – Aset kelompok individu terkaya Britain melonjak 30 peratus tahun ini ketika kebanyakan penduduk negara berkenaan masih bergelut untuk pulih daripada pada kemelesetan ekonomi, lapor sebuah akhbar semalam.

Taikun besi kelahiran India, Lakshmi Mittal dan keluarganya kekal sebagai orang terkaya Britain dengan aset £22.45 bilion (RM110.24 bilion) meningkat lebih dua kali ganda berbanding anggaran tahun lalu.

Tempat kedua kekal milik bilionair Rusia yang memiliki kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich dengan kekayaan mencecah £7.4 bilion (RM36.33 bilion) meningkat £400 juta (RM1.96 bilion) berbanding tahun lalu.

Senarai Terkaya 2010 yang dikeluarkan oleh akhbar Sunday Times itu menyatakan, peningkatan kekayaan individu terkaya di Britain kali ini adalah yang tertinggi sejak senarai itu mula disiarkan 21 tahun lalu.

Tempat ketiga diduduki oleh Duke of Westminster dengan kekayaan £6.75 bilion (RM33.14 bilion).

Dua bersaudara, Ernesto dan Kirsty Bertarelli yang terlibat dalam perniagaan farmasi berada di tempat keempat dengan kekayaan £5.95 bilion (RM)29.21 bilion).

Taikun hartanah dan Internet, David dan Simon Reuben menduduki tempat kelima dengan kekayaan £5.53 bilion (RM27.15 bilion).

Tempat keenam diduduki oleh pemilik bersama kelab bola sepak Arsenal, Alisher Usmanov dengan kekayaan £4.7 bilion (RM23 bilion).

Peningkatan kekayaan itu dipacu akibat pemulihan pasaran saham dunia dan peningkatan harga hartanah selepas krisis ekonomi global tahun lalu.

Sejak 12 bulan lalu, sebanyak 10 lagi individu berjaya bergelar bilionair sekali gus menjadikan jumlah mereka di Britain kini 53 orang.

Dalam senarai itu, terdapat 10 jutawan muda di Britain yang berumur 30 tahun ke bawah.

Antara jutawan muda itu ialah pelakon filem Harry Potter, Daniel Radcliffe dengan kekayaan £42 juta (RM206.24 juta).

Pelakon filem terkenal wanita dari Britain yang pernah membintangi filem Pirates of the Carribbean, Kiera Knightley turut disenaraikan dengan kekayaan sebanyak £28 juta (RM137.49 juta).

Aktres yang membintangi filem Harry Potter, Emma Watson turut disenaraikan dengan kekayaannya ialah £22 juta (RM106 juta) termasuk kekayaan keluarganya.

- Agensi

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Luar Negara, Unik

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. dannyana says:

    Ayoyo…India mari Britain jadi orang kaya no 1, mari Malaysia pun jutawan Ananda, Tony Fernandez…..then apa lagi yang kureng n x puashati duhai saudara2 ku 1 Malaysia……..

Leave a Reply