Taktik menipu pengguna

TIDAK serik. Itulah perkataan yang sesuai ditujukan kepada segelintir masyarakat yang membiarkan diri mereka mudah diperdaya dan ditipu oleh sindiket ejen gores dan menang atau aktiviti penipuan seumpamanya.
Bukan sekali atau dua, malah saban tahun ada sahaja berita terpampang di akhbar mengenai individu yang tertipu beribu-ribu ringgit oleh sindiket berkenaan.
Bila lagi masyarakat kita mahu sedar? Penganjur atau peniaga yang menjalankan penipuan itu pula boleh dikategorikan sebagai penyangak yang mahu mengaut keuntungan sekelip mata, demikian menurut Ketua Pengarah, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd. Roslan Mahayudin.
Taktik pengguna gores dan menang digunakan sebagai kaedah untuk mendekati pengguna.
Bukan itu sahaja, terdapat banyak kaedah lain. Contohnya buka dan menang yang boleh mempengaruhi orang ramai supaya terpengaruh dengan produk yang ingin diperkenalkan.
Pihak KPDNKK cuba sedaya upaya menangani aktiviti itu kerana banyak berlakunya penipuan.
Ia biasanya melibatkan janji yang dinyatakan kepada pengguna tidak tepat dan tidak dipenuhi. Kalau ada produk yang dijanjikan, ia pasti lebih mahal daripada biasa.
Kurang pengetahuan
Contoh produk yang biasa ditawarkan ialah ketuhar gelombang mikro. Ia boleh didapati pada harga sekitar RM200 hingga RM300 sedangkan ejen gores dan menang menawarkan pada harga mencecah sehingga RM800 seunit.
“Sebab itulah kita mencegah penipuan melalui kaedah gores dan menang, buka dan menang dan bermacam-macam lagi yang bertujuan menipu pengguna.
“Jangan mudah terpengaruh dengan barang yang ditawarkan. Perlu ingat bahawa tiada yang datang secara percuma. Kalau sesuatu itu terlalu baik mesti ada sesuatu yang tidak kena. Jadi berhati-hatilah,” kata Roslan mengingatkan.
Sebenarnya, penipuan sebegini berlaku apabila satu pihak lemah dan satu pihak lagi berkuasa. Kebiasaannya, pengguna ialah pihak yang lemah. Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di pedalaman dan kurang pengetahuan.
Kadangkala sesetengah pengguna sudah dapat meneka apabila melihat sesuatu jenama. Namun, pengguna di pedalaman mudah terpengaruh kerana kebanyakan mereka tidak mengetahui latar belakang jenama tersebut.
“Jadi kita pun mudah bersetuju. Kadang-kadang harganya cukup murah. Malangnya, sekejap sahaja sudah rosak. Saya fikir pendidikan pengguna perlu dipertingkatkan.
“Ini kerana masalah penipuan timbul berikutan kurangnya kesedaran pengguna. Kami di KPDNKK sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna melalui pelbagai cara,” katanya. Penipu sering mengubah cara mendekati pengguna. Jika tidak datang ke rumah, mereka akan pergi ke kawasan tumpuan ramai seperti kedai makan, stesen bas, tempat letak kereta dan pasar raya.
Teknik penipuan juga berbeza-beza. Mungkin hari ini mereka gunakan gores dan menang, keesokan hari pula mereka menyuruh meneka jarum penunjuk arah kepada gambar barang berharga termasuk kereta.
Tetapi untuk memenanginya, bermacam-macam syarat diletakkan termasuk meminta pengguna membeli dahulu barang lain yang harganya jauh lebih tinggi berbanding harga di pasaran.
Akhirnya, Proton Perdana tidak diperoleh dan mangsa membeli barang yang tidak diperlukan seperti ketuhar gelombang mikro dan mesin urut kaki. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa masa yang dibenarkan kepada ejen-ejen syarikat datang ke rumah ialah antara pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Selepas waktu berkenaan ejen-ejen syarikat tidak boleh datang ke rumah termasuk pada cuti hujung minggu, melainkan mereka telah mengadakan temujanji.
![]() |
|
JIKA tidak ke rumah ejen-ejen gores dan menang akan ke kawasan awam seperti parkir, restoran, stesen bas atau pasar raya untuk mendekati pengguna.
|
Ketika mengadakan promosi produk, mereka tidak boleh mengambil duit atau mengutip deposit.
Tempoh bertenang
Mereka hanya boleh memperkenalkan produk, mengambil maklumat dan pengguna pula tidak boleh terima barang.
Ini kerana kedua-dua belah pihak berada dalam tempoh bertenang selama sepuluh hari.
Jika ejen berkenaan datang selepas tempoh bertenang, barulah mereka boleh memungut deposit dan pengguna boleh menerima barang.
Rasional di sebalik undang-undang menetapkan tempoh bertenang itu ialah untuk melindungi pengguna dan membolehkan mereka berfikir.
Bagaimanapun, apa yang berlaku sekarang ialah ejen jualan terus mengutip wang. Ini kerana kalau tidak terus dikutip, mereka tidak akan dapat pelanggan.
Roslan berpendapat, jika ia berlaku di rumah orang ramai boleh menghubungi pihak berkuasa, jabatan KPDNKK atau pihak polis.
“Laporkan segera. tetapi, paling penting ialah pengguna itu sendiri. Kalau sudah terfikir bahawa dia mungkin sedang ditipu, jangan terima apa jua yang ditawarkan. Jauhi dan jangan layan mereka”, katanya.
Pengguna juga perlu memastikan ejen yang datang ke rumah memiliki kad pengenalan diri untuk mewakili sesebuah syarikat.
Kad itu mestilah mempunyai gambar pembawa, nama syarikat dan nombor lesen jualan langsung yang diluluskan.
Sebagai pengguna, anda wajar meminta kad untuk pengesahan. Kemudian, terpulang kepada pengguna untuk membenarkan ejen berkenaan masuk atau tidak ke dalam premis, kawasan pagar atau rumah. -Bernama
kredit : kosmo.com.my









saya x sangka pekerja profesional seperti saya pun boleh terkena oleh syarikat Itarezzo sdn bhd.. yang promo barang Arezzo…
saya pun baru terkena semalam. macanmana saya nak buat. sebab sekarang saya tengah belajar dekat johor dan habis hujung bulan sebelas.
ain,
thanx,lepas melayari blog u suggest..
arezzo-products.blogspot.com
baru i tahu i tertipu n i akan ikut panduan kat situ utk minta pertolongan tribunal. arezzo mmg penipu,thanx again.:x
sebenarnya bukan tipu hanya orang yang tak ada otak fikir ataupun fikir bukan bukan sebab itu dia cakap arezzo tipu.mana satu sarikat yang berniaga tak ada guna tektik.ada sesiap yng boleh jawab soalan ini.kalau penjual tak beri stock ataupun beri barang yng tak betul itu baru maksud tipu.tanya diri sendiri ada tak arezzo buat bergini.jangan menhinakan syarikat tertentu.munkin ada orang yng tak boleh terima tak apa…kalau tak tipu macam mana hidup you tak tipu orang,orang akan tipu u.jangan cakap apa bendah yng panjang panjang nak cakap tipu i kena lagi banyak bank negara tipu i,card cradit tipu i,maxis tipu i,kedai hand fon tipu i and banyak lagi i terkena.jadikan sebagai manusia tak ada tipu,ialah tak mungkin,kesiankan orang tolong tanya diri sendiri siapa kesiankan you orang….sesiapa you tulis benda benda tipu itu memang bodoh otak ada tak nak fikir,umur berapa nak tulis benda benda ini kalau nak beli kena nak kecoh lagi.tipu la apa benda pun ada ada tak you orang sekali pun tak penah tipu orang siapa berani beri comment.
hai i pun tak tahu la nak macam mana explance you orang manusia fikir.berniaga memang banyak cara untuk berniaga hanya dengan cara apa jenis sahaja.kalau orang you berniaga dia akan tahu dan faham.kalau you cakap arezzo tipu tolong you orang masuk gogle dan tulis carrefour tipu,giant tipu dan tolong baca berapa banyak tipu dalam pasaran tetapi you orang tetap pergi carrefour dan giant for what.rite all this stupid thing ada internet.you orang macam baik sangat tak tipu orang.kalau macam ini alhamdulilah.tuhan akan tahu.
Kalau kita ni orang yang mengikut etika perniagaan yang telus, kita tak akan tergamak memburukkan mana2 produk. Jangan pakai sebarang cakap aje. Sebab korang tak reti buat business tu pasal asyik kena tipu. Belajarle dulu sampai pandai baru tau orang berniaga tak suka menipu sebab dia nak buat untung. Dia tipu, business dia lingkuplah. Ada jugak yang memperdaya tapi ramai business people yang memang ada added value. Islam melarang kita memburukkan barangan lain. Tak elok. Lainlah kita ni berdakwah untuk bagi tau orang lain yang produk ni tak halal. Tu lainlah cerita. Maaf. Kita orang Islam dan orang Melayu. Ada budi bahasa. Cakap biar bertapisle.
bro. aku tau aku kena tipu ke tidak. aku tau prosedur. macamna nak buat. apasal aku cakap arezzo penipu. korang pernah beli barang dia atau kerja dengan syarikat dia ke tak. kalau tak lebih baik korang jangan banyak hal. kalau korang terkena baru korang tau. taktik penipuan bermacam cara, aku pun tak sangka cara macam tu diorang sanggup pakai . berpura pura macam tak tau. kau orang pikir lah secara logik. kau jual barang kau boleh tak tau lak ada cabutan hadiah macam ni la.macam tu la.
korang buat buat terkejut. aku rasa kalau suruh sumpah kau mesti sumpah tak tau punya. adat orang menipu. tapi gua kena tipu gua akan seret lu ke tribunal pengguna .lu tunggu dan lihat.
kalau nak cerita kena kencing aku lagi banyak kena kencing. tapi tengok macamnana bro.
at last. sapa sapa yang dah ada pengalaman kena tipu dengan arezzo boleh share dengan aku.
baru beli barangan arezzo. just nak tau… produk ni memang tak elok ker? atau harga sebenar produk ni berapa sebenarnya… ada tak sesiapa yang betul2 check dan tau kualiti atau keburukan barangan ni. tipu2 tu malas nak pikir dah… just nak tau, barang tu worth atau tidak dengan harga yang di letak.
Kita harus tahu m
embezakan antara taktik atau penipuan. Sememangnya ada beza antara keduanya.
aku baru kena petang tadi…adoi dah bayar dah 200 dah pun…esok kena bayar penuh..bila tau cam gini mmg sah aku tak nak ler benda tue…cam hareemm pangai orang skrg…padahal niat aku nak beli mak aku jer tadi kat K4…jadi citer len ler pulak..ilang 200…isk haru tul nasib..sebaik aku cek internet..kalau tak kayap ler
Rasanya taktik gores dan menang nk dah biasa sangat kita dengar. Tetapi masih ramai lagi antara kita yang tertipu.
Macam kena pukau plak kan sesetangahnya bila didekati oleh ejen2 sebegini