Tempat Judi dan Pemujaan Dimusnahkan


SHAH ALAM – Kenderaan yang memenuhi tepi jalan Persiaran Kerjaya Seksyen U1 setiap malam Selasa, Khamis dan Sabtu, dekat sini, terbongkar apabila kegiatan tarik nombor ekor yang beroperasi di sebuah pondok usang yang didirikan di bawah dua buah batang pokok sawit dianggap keramat.

Lokasi tersebut yang sebelum ini telah dimusnahkan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dua tahun lalu masih terus dikunjungi sebagai tempat popular untuk mendapatkan nombor ekor. Dalam operasi selama dua jam semalam tiga bahagian tempat pemujaan keseluruhannya berjaya dimusnahkan.

Operasi dimulakan dengan membaca doa dan semburan air Ahmad Abdul Rahman dari Surau Batu 13 sebagai usaha menghindarkan gangguan makhlus halus yang dikatakan menghuni kawasan tapak pemujaan tersebut. Kerja-kerja dimulakan dengan memecahkan enam patung utama yang diletakkan sederet beserta gambar, garfu besar dan beberapa objek lain yang digunakan sebagai pemujaan. Seterusnya bumbung pondok diruntuhkan diikuti bahagian yang digunakan untuk upacara menyembelih haiwan sebelum dua batang pokok sawit yang dianggap keramat ditebang.

Pegawai Penguatkuasa MBSA, Khairul Hanif Abu Taib berkata, operasi dilakukan berikutan struktur tersebut didirikan secara haram di atas tanah kerajaan.

“Tindakan diambil dibawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, membuat binaan tanpa kebenaran. Selepas kejadian ini, kawasan ini akan terus dipantau,” katanya tindakan diambil susulan daripada aduan dan masalah kesesakan jalan terutama waktu malam apabila banyak lori dan kenderaan berat diletakkan dibahu sepanjang jalan itu. Kawasan ini popular dan ada yang datang dari luar Lembah Kelang semata –mata untuk membuat pemujaan untuk bagi mendapatkan nombor ekor,” katanya.
credit: CG Forum
—————————————————————————————————


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Kaki judi cabut lari
  2. Berubat cara pemujaan perbuatan syirik
  3. Sindiket judi RM96 juta tumpas
  4. Piramid di Giza ditutup elak pemujaan
  5. Judi ekor kaut RM4.3j
  6. 19 kaki judi leka bertaruh dicekup
  7. Sogokan tauke judi
  8. Judi ayam sabung tumpas
  9. Promosi judi raya
  10. Silap tempat curi motosikal

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah