Tender 800 Rumah Haram Dibuka di Timur Baitulmaqdis


Kezaliman terus berlaku di bumi Palestin…

http://2.bp.blogspot.com/_mySJzEsWQfE/TTxYZOtx2YI/AAAAAAAABGo/Cd4oWZnUNOo/s1600/baitulmaqdis.jpg

BAITULMAQDIS 16 Nov. – Israel semalam mengumumkan akan membuka tender untuk pembinaan lebih 800 kediaman baru di timur Baitulmaqdis, satu tindakan yang diambil bagi menghukum Palestin kerana menganggotai Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Budaya Antarabangsa (UNESCO).

Menurut Kementerian Perumahan, notis tender rasmi untuk pembinaan 749 unit rumah di Har Homa dan 65 lagi di Pisgat Zeev, kedua-duanya adalah penempatan haram di wilayah yang dijajah di timur Baitulmaqdis, telah disiarkan.

Palestin mengutuk tindakan itu dengan ketua perunding Saeb Erakat menyifatkan pembinaan baru itu sebagai bukti kegagalan usaha Kuartet Asia Barat untuk memperbaharui rundingan damai.

“Cubaan Kuartet untuk menyambung semula rundingan damai semalam disambut dengan pengisytiharan pembinaan penempatan baru di timur Baitulmaqdis oleh Israel.

“Ini jelas menunjukkan usaha mewujudkan keadaan yang sesuai untuk menyambung semula rundingan dan menyakinkan Israel supaya menghentikan pembinaan penempatan baru telah gagal,” kata Erakat.

Kuartet yang dianggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia cuba membawa kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan di bawah cadangan yang menyasarkan mencapai persetujuan menjelang akhir 2012, tetapi sehingga kini sebarang kejayaan masih belum dilihat.

Jurucakap Kementerian Perumahan, Ariel Rosenberg berkata, tender yang akan dibuka dalam tempoh satu atau dua bulan itu mempunyai kaitan dengan usaha kerajaan dalam mempercepat pembinaan penempatan haram selepas Palestin menganggotai UNESCO.

“Ia akan mengambil masa selama satu atau dua bulan sebelum tender itu dibuka untuk tawaran. Saya jangkakan, dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi, pemenangnya akan dipilih dan kemudiannya pembinaan akan dimulakan selepas satu tahun,” katanya.

Rejim Zionis sebelum ini telah membekukan levi duti kastam ke atas barangan untuk pasaran Palestin yang diangkut melalui pelabuhan Israel. – AFP

credit: Utusan Online
—————————————————————————————————

Bangsa Yahudi bercita-cita untuk menakluki wilayah Palestin serta menjadi kuasa besar dunia yang berpusat di Israel. Penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan.


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Israel akan bina 1,400 rumah di Baitulmaqdis Timur
  2. Penempatan baru
  3. Isu pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat
  4. Israel bina 13,000 rumah di Palestin
  5. Hanya kekerasan boleh ajar Israel
  6. Rumah Yahudi ditambah lagi
  7. Zionis tutup penindasan melalui rundingan
  8. Palestin beri kata dua
  9. Penempatan diterus
  10. Yahudi mula bina penempatan

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah