Terlepas hukuman gantung
Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~

Kim Teck (tengah) dan Mamah (kanan) berbincang dengan peguam mereka, Naran Singh setelah dibebaskan daripada tuduhan mengedar candu pada tahun 2004 di Mahkamah Tinggi Ipoh semalam.
IPOH – Dua sahabat terlepas daripada hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam membebas dan melepaskan mereka daripada tuduhan mengedar 26.683 kilogram candu mentah enam tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim yang membuat keputusan itu mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Chong Kim Teck, 54, dan warga Thailand, Mamah Yunu, 50.
Mereka ditahan di Jalan Eu Kong berdekatan Pekan Gopeng dekat sini pukul 1.20 petang pada 27 Julai 2004 selepas van yang dinaiki mereka disyaki menyimpan dadah.
kredit : kosmo.com.my










