Tindakan diambil jika anjur Seksualiti Merdeka di Kuala Lumpur


Negara kita gempar lagi dengan satu program yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan ke atas pihak yang mengadakan program Seksualiti Merdeka 2011 di ibu negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, DBKL akan sentiasa memantau bagi menghentikan langkah menghidup atau mempromosi kegiatan tidak bermoral itu.

“DBKL berhak ambil tindakan kerana tiada kelulusan diberi untuk majlis sebegini. Kalau ia dilakukan di premis perniagaan, kita boleh sita dan kalau di premis awam kita akan ambil tindakan (terhadap penganjur),” katanya kepada pemberita pada majlis korban di Jalan Klang Lama di sini, hari ini. Raja Nong Chik berkata, meskipun program seumpama itu diadakan setiap tahun sejak 2008, namun DBKL tidak pernah menerima sebarang aduan disebabkan ia dilakukan tanpa publisiti seperti yang berlaku sekarang.

Terdahulu, majlis korban itu dianjurkan oleh pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO cawangan Lembah Pantai dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.

Sebanyak 30 ekor dan tujuh daripadanya disumbangkan oleh Raja Nong Chik disembelih di Masjid Imam Al-Tirmizi, Taman Sri Sentosa. – BERNAMA

credit:bharian.com.my

——————————————–

Apa pendapat anda?


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Wong Tidak Akan Berubah Jika Tiada Tindakan Tegas Diambil
  2. Henti atau diambil tindakan
  3. PDRM tahan Bush di Kuala Lumpur
  4. Belanja RM800,000 cat semula apartmen
  5. Buka tadika di Kuala Lumpur dapat RM10,000
  6. Sijil halal Hotel Grand Season Kuala Lumpur ditarik
  7. Tindakan jika simpan gading gajah maut
  8. Destinasi libur warisan Kuala Lumpur
  9. Taman Burung Kuala Lumpur
  10. Laluan selesa baru Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah