TOMBOY-PENGKID

December 6, 2009 | By | 13 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Tomboy ialah budak perempuan yang selesa berpakaian seperti gaya seorang lelaki. Namun naluri dan keinginan mereka masih lagi seperti seorang perempuan.

PengKid pula ialah budak perempuan yang berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat pula kepada kaum sejenis iaitu kaum wanita. Mereka ini pula selalunya memainkan peranan sebagai orang lelaki dalam hubungan dengan pasangan mereka.

Daripada Ibn Abbas, Nabi saw bersabda bermaksud: “Allah melaknat golongan perempuan yg menyerupai lelaki, dan lelaki yg menyerupai perempuan”. (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmizi, Ibn Majah, & Ahmad)

Daripada Abu Hurairah, bermaksud: “Rasulullah saw melaknat lelaki yg memakai pakaian perempuan, dan perempuan yg memakai pakaian lelaki”. (Hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud)

Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Tiga golongan yg tidak akan masuk syurga….(antaranya): perempuan yang meniru dan berkelakuan seperti lelaki” (Riwayat Ahmad).

Hadis-hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa Islam menolak sama sekali perbuatan seseorang yang menyerupai jantina yang lain. Perkara ini diketahui secara umum oleh semua yang beragama Islam. Namun, masih ada juga yang melanggarnya.

Saya pernah terdengar sekumpulan remaja tomboy berbual sesama mereka. Antara dialog mereka, “Ah, biar gi mampuslah diorang nak pandang kita ni apa. Kita cuma macam ni je tapi tak kacau pun orang lain. Sibuk nak kata kita, dorang pakai tudung pun tak betul.”

Tapi saya bukan nak memperdebatkan atau mendiskusikan dialog mereka itu. Saya ingin mengajak SCRIPTERS untuk membincangkan kenapa isu ini tidak pernah berkesudahan malah semakin parah. Adakah mereka ini tidak boleh diselamatkan? Mungkin mereka fikir masyarakat terus menyisihkan dan membuang mereka maka mereka patah hati untuk kembali ke pangkal jalan. Apa kata anda?

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Tempatan, Warning

About the Author ()

Comments (13)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. vnn says:

    hello2…..i’m tomboy also..
    :!:

  2. lee ripcurl says:

    i pengkid jgk tp DULU,,

  3. lisa says:

    actually golongan pengkid ni,diakhirat mmg la haram..tp kte xleh halang naluri mereka.dosa pahala masing2 yg tanggung.dorg mempertikaikan mslh pengkid,abeh cmne kes liwat,kes laki dera bini/pmpuan,org bertudung melakukan maksiat diluar sana?so if mereka nak berubah ke jln pngkal,biarla ati mereka terbuka sndri,bkn secara pksaan dr pihak msyarakat.ada sstgh pengkid yg trima nsiht,ade yg x.mcm org laen jugak..ade yg cpt marah, ada yg brsbr.so,smua mnusia sme je,cuma kte sndri je yg ubah pendrian sndri. :?:

    • shaz says:

      mmm…..ure rite sis…..cool…

    • kiyohime says:

      bukanlah ape, kita selagi berkuasa & mampu untuk meghalang ape salahnye kan. kita hidup ni pun perlu bantu membantu, kalau ada org tersesat dari yg benar, kita cube perbetulkan. kekadang mereka ni tk tau yg mereka ni salh atas sebab tk ckup didkn agama. lgi pun kan agama mnyarankn kita untuk mecegah perbuatan yg munkar.. so if kita mampu apa salahnye..

  4. rozy says:

    apa2 pun dorng gtue ttp ok..

  5. rozy says:

    emm…sebenar nya dorng gtue pn atas sebab tertentu..tp x semeati nya kecewa ngan leleki tapi mg ada benda lain…cth nya..naluri dorng tue tak leh buang dorng ttp gtue..apa2 pn dorng ttp ok n sama mcm kita nie..understanding pnya orng tau…sbb tue sye suka kwn ngan dorng…he..peace..

  6. kent says:

    assalamualaikum..terpanggil utk mberi pndgn bile terjmpe blog ni..anyway,im one of the pengkid in malaysia..sebenarnya kalau kite pertikaikan apa yg boleh dan apa yg tidak boleh dlm islam,sye percaya lbh byk masalah lain yg lbh meruncing bbanding isu pengkid ini..buang bayi contohnyer..kes bunuh misalnyer..rompak ragut dan pecah rumah..rasuah..sumbang mahram..zina xpayah ckplaa..mcm2 kemaksiatan lain yg lebih mengerikan serta meninggalkan kesan buruk fizikal dan mental kpd masyarakat tp isu pengkid hanya satu keruntuhan moral yg tlalu sedikit natijahnyer kpd mnsia sejagat..moralnya disini,percayalah bahawa setiap yg terjadi itu ade hikmahnyer,apepun yg tuhan turunkan adalah utk mberi iktibar kpd kite semua..jgn cpt mmndg keji atau merendahkn sstu kjdian tnpe diambil pengajaran..walau sye pengkid tp sye ttp normal sbg mnsia serta tau tanggungjwb sye di muka bumi ini..selagi tuhan belum campakkn hidayah dhati seseorg maka xmgkn dia akn dpt btaubat..jadi dari mcanang keburukn kjadian pengkid lebih baik mendoakan agar mereka2 itu tmasok sye akan berubah serta diampunkan dosa2 krn hakikatnyer kite semua bsaudara..wallahualam misawwab takdak ilmu xbleh jwab..

  7. aisha says:

    saya rasa tomboy/pengkid ni masalah naluri.saya lahir dengan ujian naluri macam ni jugak.mak sendiri mengaku dia harap saya lahir sebagai lelaki dan siap prepare nama lelaki untuk saya.alhamdulillah jalan hidup saya dikawal ketat oleh keluarga dan tak ada peluang langsung nak cuba2 jadi tomboy. makin meningkat usia saya makin sedar yang saya ni perempuan then berusaha hidup dengan selayaknya jantina saya.saya belajar jadi sopan santun dan jaga penampilan sebagai sorang perempuan.sampai sekarang walaupun perangai dan tingkahlaku still kasar tapi saya tetap akan cuba yang terbaik.

    semua manusia tuhan lengkapkan dengan 2 side baik-buruk.yang penting kita sedia berubah…tuhan nak uji manusia tertentu dengan memberi naluri yang berbeza dari jantinanya,terpulang pada tuan punya diri nak ikut perintah tuhan @ ikut nafsu dia…kalau kat dunia ni xnak fikir, akhirat nanti sendiri2 la jawab.

  8. JeQ says:

    sLm, sy trpanggil utk meluahkn prsn sy d sini. mgkin sy slH seorg drpd pengkid @ tomboy sy pun x pasti.. sy tau semua hukum agama,,, sy x tau mcm mn lg harus buat.. mmg sy kalau boleh nk sangt buang sume ni,, tp ttp x boleh, kenape? ianya dari hati n perasaan,, sampai skarang, sy ada suka kat sorg prmpuan,, tp sy sedar benda ni salah,, sy ingt kat tuhan.. sy soLat,, sy berdoa supaya tuhan tlG sy buang perasaan sy ni,, sy x mau dilaknat,, tp hati n perasaan x menipu.. prsn sy sngt pedih n sakit teramat sngt sbb nk buat benda brtntangn ngn prasaan.. mcmna sy nk ubah sume ni sdgkan hati sy dah x larat nk bukak utk lelaki namun x dapat,… x boleh,, sakit sangt rasanye.. sy x terdaya.. sy bingung knape sy mesti suke ngn pompuan yg sama jenis? tp sy boleh je kalo nk pakai baju pompuan bila dsuruh.. hakikatnya, ble dh x perlu sy akn pakai mcm sedia kala.. x dpt nk ubah pon.. sy tau Allah blum turunkn hidayah utk hati sy.. sy sedang menunggu hr itu sambil melalui liku hidup yg menyakitkan ini… perlu brperang dgn perasaan sndiri… sy x mau jd lesbian, x mau jd pengkid,, tp sy mgkin tomboy,, sy x boleh nk ubah scr drastik.. kalau hati n perasaan itu boleh dibedah dipindah milik,, nak je sy buat pmbedahan nk buang itu! sangat menyakitkan antara cinta kaum sejenis dan dlm masa yg sama ku mahu patuh suruhan-Nya.. stiap hr perlu lalui tekanan perasaan… sy trpikir adakah sy akan giLa nnti? sy x kuat,, seriously.. puas menangis, sy brdoa lg,, org sy syg makin tinggalkan sy,, kwn2 makin jauh..  bukan sy mintak pon jd camni!!!!! mahu je sy tikam hati kuarkan perasaan ni!

  9. ramli says:

    sya tak pernah nak pandang rendah atau berpihak,sokong pada tomboy,pondon atau seadanye..memang secara rasional..apa yg dia org buat adalah salah,tpi tuk saya mereka ada sebab mereka sendiri..mungkin belum tiba masanye tuk normal balik..yang menjadi masalah adalah rumah tangga sya rancur disebabkan tomboy..sya tak pernak nak cakap pape,tpi nape bini sya..entah la..sya cuma nak tanya..sanggup kah sorang tomboi hancurkan rumah tangga org lain..sampai hati kah anda…ramai yg bujang kat luar,tpi nape bini org..sgt,sgt,sgt buntu…

  10. boboiboy says:

    Nabi Muhammad S.A.W bersabda: ‘Tidak ada pembujangan di dalam Islam’ yakni tidak ada umatnya bujang di dalam Islam. Nabi juga bersabda “Nikah itu adalah sunnahku maka sesiapa yang tidak suka beramal dengan sunnahku maka tidaklah dia daripada golonganku”

    -ada komen cakap dosa dan pahala adalah masing2 yang punya…tidak manis berkata begitu sedangkan kita sesama agama islam haruslah tegur antara yang lain..memang benar dosa dan pahala di tanggung sendiri…tapi…kalau jika selalu berfikiran begitu atau semua orang berfikir sebegitu…maka tiada apa yang dapat di selamatkan erti lain pentingkan diri sendiri…..Allah maha pengampun jadi jika kita selalu tegur orang-orang yang begini insyallah akan terbuka pintu hatinya….memang ada benar jika mengatakan biar hati mereka terbuka sendiri untuk kembali kepangkal jalan….tetapi atas dasar islam….kita harus sentiasa berdoa dan sentiasa membantu mereka supaya berubah…insyalah….

Leave a Reply