Tragedi berdarah lepas bercuti

March 8, 2010 | By | 4 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



KEMALANGAN yang membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 157.3 Lebuh Raya Pantai Timur di Maran dan meragut satu nyawa kelmarin.


MARAN – Kegembiraan empat beranak bercuti di pusat peranginan Genting Highlands bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 157.3 Lebuh Raya Pantai Timur di sini kelmarin.

Hana Natasya Salehin, 21, adik kepada wartawan Penyiaran TV3 Pahang, Herryanie Salehin meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala adiknya, Haizal Hakimi, 8, dan seorang penumpang kereta Proton Wira, Mashasmila Mohd. Ali, 30, cedera parah.

Ibu mangsa yang memandu kereta Toyota Vios yang dinaiki keluarga itu, Norkhairol Awang Taram, 46, dan seorang lagi anaknya, Hizieyana, 23, cedera ringan.

Mereka berasal dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. jram says:

    Biasanya bila nak keluar dari mana mana destinasi baguslah beringat di antara satu sama lain dan jangan tidur di dalam kereta dan ajaklah pemandu berbual.cucuri rahmat kpd mereka yang telah pergi amin.

  2. louis vuitton says:

    :( owh my ghost….tragis btl..x sanggup khilangan..

  3. Nor says:

    Kata orang tua-tua… jika nak bergembira,ada batasnya.jangan terlalu gembira..takut kegembira bertukar menjadi duka.

  4. rock says:

    mgkin tuhan dah terlalu syg kat hambanya yg taat dgn perintahnya itu….so biarkan saja ssorg yg kta syg tue pergi ….lgi pun hidup nie bkn utk slamanya…..dunia nie mcm bku kat library jga….kita hnya meminjam…so….lu pikir lah sndiri….jgn ditangisi olh yg sudah pergi….
    salam….

Leave a Reply