Tragedi misteri tiga beranak

May 21, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



ANAK panah menunjukkan tempat Manish dan isterinya terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Entah apa puncanya, satu pasangan suami isteri tergamak membunuh anak lelaki mereka yang berusia dua tahun menggunakan racun tikus sebelum kedua-duanya ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Tun Sambathan di sini semalam.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pukul 4 pagi tetapi ia hanya disedari oleh seorang pengawal keselamatan selepas terserempak dengan mayat pasangan itu di atas lantai tingkat bawah ketika dia sedang melakukan rondaan tiga jam kemudian.

Mayat pasangan dari Mumbai, India tersebut, Manish Dinesh, 34, dan Niveditaa Manish, 29, ditemui dalam keadaan tertiarap dan perut terburai. Tangan kiri Manish pula terdapat kesan kelar.

Manish merupakan seorang perunding kewangan dengan pendapatan RM20,000 sebulan manakala isterinya tidak bekerja.

Anak mereka, Yoghansh Manish, 2, ditemui terbaring di atas katil dengan hidungnya disumbat dengan kapas di dalam sebuah bilik di rumah mereka yang terletak di tingkat 13A.

Polis turut menemui racun tikus, pisau dan pil paracetamol di dalam bilik itu yang dipercayai digunakan untuk membunuh kanak-kanak itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan awal mendapati selepas membunuh anak mereka, bapa kanak-kanak itu cuba membunuh diri dengan mengelar tangan kirinya berdasarkan tompokan darah di dalam bilik itu tetapi gagal.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Mystery, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply