Umur 5 tahun mula sekolah

June 11, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



KANAK-KANAK berumur lima tahun akan dapat mengikuti prasekolah secara formal pada akhir RMK-10. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menimbang untuk mengurangkan umur murid yang mengikuti prasekolah secara formal daripada enam kepada lima tahun secara sepenuhnya pada akhir tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat-peringkat mulai tahun ini dan akan dimulakan di kawasan luar bandar dan perladangan terutama di sekolah yang kurang murid.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang membentangkan RMK-10 di Parlimen semalam berkata, pendidikan prasekolah telah dijadikan fokus utama di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kadar enrolmen kepada 87 peratus pada tahun 2012 dan 92 peratus pada tahun 2015.

Dalam pada itu menurut beliau, pendidikan awal kanak-kanak akan menjadi agenda penting nasional melalui program Permata.

Ujar Najib lagi, program Permata adalah satu usaha kerajaan untuk mendidik kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan sistem itu diperluaskan di 457 pusat jagaan kanak-kanak dan sehingga kini berjaya mendidik 17,565 kanak-kanak.

Setakat ini, dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 900 kanak-kanak pintar cerdas di negara ini.

Mengikut kajian pakar, secara amnya akan terdapat seorang yang pintar cerdas dari kalangan 10,000 kanak-kanak dan mengikut statistik 2007, jumlah kanak-kanak di bawah 14 tahun di Malaysia adalah seramai 8.9 juta.

Najib berkata, penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan ditingkatkan daripada 67 peratus pada 2010 kepada 87 peratus pada 2012.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply