Untung bertambah RM1.5 bilion


Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) terus mencatatkan keputusan kewangan cemerlang dengan mencapai keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.5 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun ini.

Pencapaian itu merupakan peningkatan sebanyak 17 peratus atau RM218.1 juta berbanding RM1.28 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

“Prestasi baik tersebut secara keseluruhan dicapai berikutan peningkatan pendapatan pembiayaan selari dengan pertumbuhan baki pembiayaan dan pengukuhan kualiti aset,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Bank tersebut juga telah merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu RM1.2 bilion berbanding RM1 bilion dalam tempoh serupa tahun sebelum.

“Pendapatan daripada sumber pembiayaan meningkat kepada RM3.32 bilion yang mana RM3.03 bilion disumbangkan oleh perbankan konsumer dan RM290 juta daripada perbankan komersial.

“Pendapatan komisyen takaful, wasiat dan yuran perkhidmatan mesin juruwang automatik (ATM) menyumbangkan sebanyak 86.9 peratus daripada keseluruhan pendapatan berasaskan fi yang dicatatkan RM61.8 juta,” jelasnya.

Tambahnya, jumlah aset meningkat sebanyak RM13.28 bilion kepada RM71.80 bilion dalam tempoh tersebut.

“Pembiayaan konsumer kekal sebagai fokus utama perniagaan bank, yang menyumbang 91.2 peratus keseluruhan pembiayaan Bank Rakyat pada sembilan bulan pertama tahun ini.

“Baki bersih pembiayaan konsumer meningkat kepada RM43.52 bilion dalam tempoh tersebut dan daripada segi portfolio pembiayaan, segmen peribadi merupakan penyumbang terbesar iaitu 85 peratus daripada keseluruhan pembiayaan konsumer,” katanya.

Bank berkenaan berkata, jumlah deposit pelanggan juga meningkat kepada RM58.82 bilion pada akhir September lalu, berbanding RM45.47 bilion pada bulan sama 2010.

 

BHO Blog - Dengan bertambahnya untung Bank Rakyat ini, diharapkan agar mutu kualiti perkhidmatannya juga akan bertambah juga :)

 

sumber maklumat : http://kosmo.com.my/

 


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Untung Bank Rakyat RM1.28b
  2. Bank Rakyat untung RM1.72 bilion
  3. Maxis catat untung RM552 juta
  4. Catat untung RM377.655 juta
  5. Sektor pelancongan sumbang RM56 bilion
  6. Bank Rakyat salur RM22 bilion
  7. Astro catat untung bersih RM233 juta
  8. Bank Rakyat yakin untung RM1.7b
  9. Jana pendapatan RM1.5 bilion
  10. PTPTN sedia RM6 bilion untuk 235,000 pelajar

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah