Urus infrastruktur dengan baik

October 28, 2011 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Pembangunan infrastruktur mampan yang diuruskan dengan baik merupakan satu-satunya cara untuk memastikan pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang berkekalan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Beliau berkata, dunia kini bukan sahaja berhadapan dengan defisit infrastruktur tetapi banyak ekonomi, termasuk kuasa besar barat, bergelut dengan defisit fiskal besar yang perlu ditangani.

Dalam persekitaran sedemikian, adalah mudah untuk melihat pembangunan infrastruktur jangka panjang sebagai sesuatu yang akan dikurangkan bagi mengimbangi belanjawan jangka pendek, kata beliau semasa berucap pada Forum Perniagaan Komanwel di sini.

“Tetapi pemikiran sedemikian dengan sendirinya adalah jangka pendek, memandangkan pembangunan infrastruktur mampan yang diuruskan dengan baik merupakan satu-satunya cara untuk memastikan pertumbuhan ekonomi jangka panjang berkekalan,” kata Najib dalam ucaptama bertajuk Infrastruktur Abad Ke-21, Perkongsian Global Baru.

Ucaptama itu disampaikan pada acara bersempena mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang akan dirasmikan Ratu Elizabeth II hari ini.

Najib berkata, Malaysia sudah mengetahui perkara ini dan telah bertahun-tahun mengamalkannya sambil merujuk pembasmian kemiskinan dan pertumbuhan ekonomi yang telah lama menjadi keutamaan Malaysia.

 

BHO Blog - Memang pertumbuhan ekonomi Malaysia sekarang bagus dan pesat membangun, tetapi masih ada segelintir rakyat yang hidup susah dan terhimpit dengan kemiskinan.

 

sumber maklumat : http://kosmo.com.my/

 

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , , ,

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply