
PRESIDEN NICOLAS SARKOZY berucap merasmikan Muzium Perang Dunia Pertama di Paris Jumaat lalu. Perang Dunia Pertama Berakhir pada 11/11/1918.
PARIS – Presiden Nicolas Sarkozy belum bersedia untuk mengakuinya tetapi para pemimpin Perancis mula bimbang negara berkenaan ditimpa krisis hutang Eropah yang merebak dari Greece dan Itali.
Kebimbangan tersebut menyusul selepas firma penarafan antarabangsa Standard & Poor menurunkan nilai kredit Perancis pada Khamis lalu sebelum menarik semula penarafan tersebut.
Namun, insiden tersebut di samping beberapa petanda lain sudah cukup untuk mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin Perancis bahawa negara kuasa besar itu kini diambang kemelesetan ekonomi.
Pada minggu lalu, para pelabur mula meminggirkan Perancis dengan melabur di negara-negara yang memiliki suasana ekonomi yang lebih kukuh.
“Selepas Greece dan Itali, kini Perancis?” lapor akhbar tempatan, Le Monde pada Jumaat lalu.
Menurut akhbar berkenaan, Perancis kini memiliki hutang mencecah 1.7 trilion euro (RM7.3 trilion) dengan Itali pula menanggung hutang berjumlah 1.9 trilion euro (RM8.2 trilion).
Hutang kedua-dua negara itu, kata Le Monde, adalah jauh lebih tinggi daripada pelan penyelamatan ekonomi yang mampu ditawarkan oleh Kesatuan Eropah (EU).
Pada minggu lalu, Sarkozy berjanji untuk melaksanakan langkah-langkah penjimatan buat kali kedua tetapi ia gagal meyakinkan ibu pejabat EU di Brussels.
Para pelabur juga sangsi dengan inisiatif Sarkozy manakala beberapa pakar ekonomi menyatakan, negara berkenaan sudah dilanda krisis hutang. – AFP
credit: CG Forum
—————————————————————————————————————–
Baru sahaja Roger federer memenangi Piala Masters Perancis semalam, nak kene bayar federer lagi… ehehe

Info menarik: Pada 93 tahun yang lalu, negara-negara peserta Perang Dunia Pertama sepakat mengakhiri konflik. Ini ditandai dengan penandatangan kesepakatan gencatan senjara (armistice) antara pasukan Sekutu dengan Jerman di luar Kota Compiegne, Prancis.
Carian BHO
- ustazhakeli
- perang dunia kedua berakhir
- mohamad zekri bin dato’ haji ibrahim email
- najib razak didakwa di perancis
- artikel banjir di perancis
- kursus masakan di pulau pinang2012
- ndz keburukan
- ntv7 news air pepsi campur darah hiv
- perancis mogok eropah
- keratan berita harian berkenaan kedai berasaskan peruncitan
- kemelesetan ekonomi dunia dan anda
- kelas memasak di pulau pinang2012
- berita harian tempurung lutut tergelincir
- berita peperangan dunia
- berpegang tangan semasa bercouple
- bolehkah bayi minum ribena
- contoh notis pemecatan pekerja
- Dato Mohamad Zekri bin Dato’ Haji Ibrahim
- kebaikan dan keburukan ribina
- kebaikan minum ribena
- w w ehsan icu g my
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Itali kini Sakit Tenat dengan Hutang AS$2.6 trilion
- Hutang AS meningkat kepada RM43.76 trilion
- Laman Facebook Presiden Perancis digodam
- Perancis haram burqa esok
- PM Britain, Presiden Perancis sempat bincang pasal bola
- Perancis berdepan kekurangan minyak
- Presiden Perancis: Netanyahu seorang “Penipu”
- Model Perancis hidap anoreksia meninggal dunia
- Puluhan ribu mogok di Perancis
- PM Itali mahu letak jawatan