Wan Sohor Bani Leman Calon BN untuk P36 K.Trg?
Sumber : tranungkite
Nama-nama seperti Wan Ahmad Farid, Roslan Awang Chik, dua orang bernama Zuber Embong, Sabri Alwi dan juga tidak ketinggalan Nordiana Shafie memang nama-nama yang dikatakan panas dalam Umno untuk mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Razali dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan datang.
Dalam pada kita berkira-kira dan mencongak-congak siapakah calon BN dengan senarai nama-nama yang disebutkan di atas, saya telah dikejutkan dengan satu berita petang tadi yang mengatakan Umno telah mengubah strategi pemilihan calon mereka dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.Mereka memilih calon yang terkenal di Malaysia tetapi bukan dari kalangan saf pimpinan Umno Terengganu.
Nama Ustaz Wan Sohor Bani Leman dikatakan naik secara tiba-tiba untuk dinobatkan sebagai calon BN pada pilihanraya akan datang.Dikatakan Umno sedang giat memujuk beliau agar menerima pelawaan tersebut. Saya masih tidak menerima sebarang maklumat adakah ustaz bersetuju atau menolak tawaran itu.
Sekiranya Umno berjaya memujuk beliau, maka Umno telah mendapat sedikit suntikan semangat sebelum hari penamaan calon kerana nama Wan Sohor memang tersohor diseluruh Malaysia. Umno memang sangat-sangat memerlukan calon seperti ini bagi memulihkan imej mereka yang terpalit itu.
Jika ini benar-benar berlaku, diatas kertas, kemungkinan kerusi P36 itu akan kekal ditangan Umno. Kerana selain daripada Wan Sohor seorang anak Terengganu, beliau juga mempunyai imej seorang ulamak. Imej sebegini adalah satu kredit yang besar bagi parti yang bertanding dalam pilihanraya di tempat-tempat seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Seorang lagi calon yang berada dalam senarai memujuk Umno juga seorang ustaz yang berasal dari Terengganu dan sering muncul dalam rancangan bercorak agama terbitan TV3.
Oleh itu sama-samalah kita berdoa agar pujukan Umno itu gagal dan Ustaz Wan Sohor tidak terliur dengan janji-janji Umno. Dan kita sebagai pendokong jemaah Islam mestilah berusaha bersungguh-sungguh dalam memenangkan calon kita tidak kira dari mana mereka berasal.
——–
Ini artikel petikan sahaja. Saya pernah jumpa dgn Ustaz Sohor ini dulu dan dia memang peramah orangnya.
Dah start dgr dah pelbagai rumour nampak?











Comments (1)
Trackback URL | Comments RSS Feed
Sites That Link to this Post