Wanita Malaysia ditahan bawa dadah di Bali


DENPASAR – Pihak berkuasa Indonesia kelmarin menahan seorang wanita rakyat Malaysia, Phoon Yue Chin yang disyaki membawa masuk dadah sejurus tiba di pulau peranginan Bali, lapor sebuah akhbar semalam.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan pegawai kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di sini kira-kira pukul 6.30 petang waktu tempatan.

Ketua Unit Penguatkuasaan dan Penyiasatan Direktorat Kastam dan Eksais di lapangan terbang itu, Bagus Endro Wibowo mengesahkan penahanan Yue Chin di sini.

Katanya, suspek yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia dari Kuala Lumpur dipercayai mempunyai seorang teman lelaki di Jakarta.

Penguat kuasa menemui dadah methamphetamine seberat 0.36 gram dan tiga set alat menghisap yang dibungkus dengan plastik serta disembunyikan di dalam sebuah tas tangan milik suspek.

Mereka turut menjumpai 10 butir pil khayal erimin dan 0.62 gram syabu di dalam pakaian Yue Chin yang tiba seorang diri tanpa bagasi dan dipercayai bercuti selama 10 hari di pulau itu. – Agensi

kredit : kosmo.com.my


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Wanita, kekasih ditahan
  2. Malaysia ideal, selamat untuk pekerja Indonesia
  3. Pegawai Kastam KLIA Dan Dua Lelaki Ditahan Kes Seludup Rokok
  4. Ibu terkencing ditahan mencuri
  5. Dua warga kita rompak ATM di China ditahan
  6. ‘Peguam enggan bersurai ditahan’
  7. Hubungan Malaysia-Indonesia dinamik: Da’i Bachtiar
  8. Indonesia hargai tindakan tegas Malaysia dalam kes Mantik
  9. Remaja Menyamar Anggota Polis Ditahan.
  10. Malaysia Antara Destinasi Utama Rakyat Arab Saudi – Mastercard

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah