Wanita Siam ditahan sorok ganja dalam beg


Seorang wanita Thailand yang cuba menyeludup ganja dengan menaiki sebuah bas ekspres dicekup Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhampiran Plaza Tol Jitra dekat sini Khamis lalu.

Wanita berusia 28 tahun yang merupakan suri rumah itu ditahan pada pukul 9.10 malam hasil maklumat orang awam.

Dadah tersebut ditemui disorok di dalam sebuah beg pakaian yang disimpan di bahagian tempat barang bas yang dalam perjalanan dari Changlun menuju ke Johor Bahru.

Timbalan Pengarah Kastam negeri, Saidi Ismail memberitahu, hasil pemeriksaan, pihaknya menemui 20 ketul mampat daun kering disyaki ganja seberat 18.6 kilogram yang dianggarkan bernilai RM44,700.

Katanya, dadah itu dipercayai untuk pasaran di ibu negara kerana destinasi perjalanan wanita terbabit ialah Kuala Lumpur.

“Ketika ditahan bas ekspres itu membawa 12 penumpang. Apabila wanita terbabit diminta membuka begnya yang berkunci itu, kita menemui ketulan mampat ganja di dalamnya,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Difahamkan, wanita yang mempunyai dua orang anak itu menaiki teksi dari Changlun ke Bukit Kayu Hitam setelah membuat pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan kemudian menaiki bas tersebut untuk ke ibu negara.

Menurut Saidi, wanita terbabit dipercayai kerap menyeludup ganja ke negara ini sebelum ini.

Tambahnya, wanita itu ditahan reman selama tujuh hari dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

 

BHO Blog - Betapa banyaknya berita tentang hukuman ke atas pengedar dadah dikeluarkan media, tapi kenapa masih ada yang berdegil mahu mengedarkannya juga?

 

sumber maklumat : http://kosmo.com.my/

 


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Lelaki bawa 2.7kg ganja ditahan ketika makan
  2. Ganja: Lelaki warga nigeria ditahan
  3. Pembantu perubatan gemarkan pakaian dalam wanita ditahan
  4. Sorok syabu dalam tin kacang hijau
  5. 4 pelajar Nigeria bekal ganja ditahan
  6. Lelaki Uganda ditahan bawa 15.8kg heroin, ganja
  7. Seludup ganja dalam kolej
  8. Ganja dalam but teksi
  9. Usung ganja RM33,000
  10. Sorok dadah dalam coli

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah