Malaysia harus mewujudkan budaya antijenayah dan menjadikan pencegahan jenayah sebagai satu cara hidup, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata, kecuali seseorang itu bersedia untuk mengamalkan budaya antijenayah dan menerapkan aspek keselamatan sebagai cara hidup, memerangi jenayah dan penjenayah tidak akan berkesan dan bertahan lama.
“Ini adalah isu yang harus kita fikirkan ketika berhadapan dengan beberapa jenayah kejam baru-baru ini dan menangani gejala sosial dalam masyarakat kita,” kata Lam Thye dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kadar jenayah yang berlaku adalah satu peringatan bahawa rakyat tidak harus memandang remeh terhadap aspek keselamatan.
“Rakyat Malaysia dan pihak-pihak lain harus sentiasa sedar dan perlu sentiasa berwaspada dan membantu dengan mengambil bahagian dalam usaha mencegah jenayah,” katanya.
Lam Thye berkata, memerangi jenayah adalah penting, dan mencari puncanya adalah perlu dan mengamalkan langkah-langkah untuk mencegah jenayah adalah lebih penting. — Bernama
BHO Blog – Bukan mudah, tapi pasti berhasil jika banyak pihak memberi kerjasama.
sumber maklumat : http://kosmo.com.my/
Carian BHO
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- PDRM perlu tingkat persepsi awam
- Buang amalan budaya cincai
- Belia usah amal budaya cincai
- Pertukaran Surat Malaysia dan Brunei wujudkan Kawasan Aturan Komersial
- Guna produk halal sebagai budaya hidup
- Pupuk keunikan budaya
- Persamaan budaya Melayu-Siam
- Identiti budaya Melayu Johor
- Minda: Hilang budaya santun
- Pertukaran budaya dua negara